Bila sebut tentang kumpulan Spring, pasti ramai imbau kembali zaman cintan cintun dahulu kala ditemani lagu yang penuh syahdu dari kumpulan tersebut. Selaku vokalis kumpulan Spring, nama Ameng Spring tidak asing lagi dan cukup popular di era 1990-an terutamanya popular dengan lagu Bourgenvilla pada ketika itu.
Namanya terus menjadi perhatian ramai selepas dipenjarakan atas kesalahan pengambilan dadah. Bagaimanapun Ameng sudah pun dibebaskan kini dan kembali aktif dalam industri hiburan tanah air.
Baru-baru ini, isteri kepada Ameng Spring, Sabariah Zakariah ada memuat naik video di laman Tiktoknya yang memaparkan suaminya itu sedang mengaji. Malah, menurutnya ia sudah menjadi rutin sang suami membaca al-Quran setiap pagi dan maghrib.
“Rutin setiap pagi & maghrib Mr Hubby. Ni pagi tadi sempat record utk mereka di TT yg minta video Abg Ameng mengaji.Utk tgk Abg Ameng mengaji boleh ke YouTube AmengSpringOfficial..byk video dia dh upload kat YT. Semoga bmanfaat utk semua”, tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Malah tambah Sabariah di ruangan komen, Ameng belajar mengenal huruf ketika dia di penjara dan bermula dari situ dia belajar mengaji dari Iqra’ Alif Ba Ta..
Ads
Meninjau ruangan komen, rata-rata memuji suara penyanyi ini. Malah ada juga yang menyifatkan supaya bacaan Al-Quran ini menjadi asbab untuk orang ramai terus menanam kecintaan pada Qalam Allah.
Bila menyentuh bab bagaimana hendak kekalkan rumah sentiasa kemas dan bersih sepanjang waktu. Tentu ada sahaja antara kita mengatakan seakan mustahil untuk dilakukan.
Lebih-lebih lagi jika punya anak kecil. Baru sahaja kemas ruang tamu, tidak sampai lima minit ruang lain pula bersepah. Sampai sudah, rumah terus terlihat bersepah di sana sini!
Tapi lain pula bagi pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil.
Ikuti perkongsian tip yang dipraktikkan agar kediaman kita juga dapat sentiasa kekal bersih, tersusun dan kemas sentiasa. Jom semak.
Ramai yang PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yang suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yang saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko-deko kemas macam tu…”.
Untuk pengetahuan, saya ada 3 orang anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yang saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:
1. Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sangat penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah-sepah, tapi tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.
2. Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah-sepahkan rumah kerana kanak-kanak bawah umur 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya untuk kemas. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula-mula susah untuk mereka akur, tapi percaya lah lama-lama mereka akan ikut.
3. Tetapkan peraturan yang objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yang mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.
5. Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Di sini kita kena sentiasa igatkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dalam tempoh 1-2 bulan, anak-anak yang umur bawah 2 tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH-MARAH. Lama kelamaan mereka akan faham dan tak akan mengulanginya.
6. Peranan kita sebagai ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sebelum tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yang penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.
7. Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sebab letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yang bayar jam, seperti RM50 untuk 4 jam sebagai contohnya. Yang paling utama, konsisten dalam menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko-deko kita yang cantik tidak bertahan lama.
Nota: Semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana-mana pembacaan atau rujukan.
sumber : Fendi Isa VIA Kelab Dekorasi IKEA Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sama cantik sama padan. Pasangan diraja anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 8.50 malam di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan.
Pasangan diraja itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, disaksikan oleh Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, sebagai saksi pertama.
Sementara itu, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah bertindak sebagai saksi kedua, bersama dua saksi dari pihak pengantin perempuan.
Istiadat diteruskan dengan Majlis Menyarung Cincin Perkahwinan dan Majlis Merenjis, yang disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, diikuti oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Melengkapi majlis merenjis adalah ibu bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan dan Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini.
Turut hadir ialah paduka kakanda dan adinda Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, kerabat diraja Pahang, serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri.
Istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada Jumaat ini, manakala Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad, 27 Oktober.
Semua istiadat disiarkan secara langsung melalui dua layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu layar di Dataran Pekan.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru sahaja menimang cahaya keduanya pada 4 Julai lalu, penyampai radio, Fizi Ali tampil berkongsi wajah dan nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Fizi memuat naik beberapa kepingan gambar bersama isteri dan anak-anak serta buah hati terbaru yang diberi nama, Nurraisya Sofea.
“Assalamuaikum alhamdulillah bertambah seorang lagi puteri dalam hidup daddy dan mama.
“Puteri ketiga kami Nurraisya Sofea,” tulis Fizi menerusi kapsyennya di Instagram.
Menariknya ramai wargamaya mengatakan wajah comel Nurraisya Sofea sama seperti kakaknya, Ameena Sofea yang memiliki mata kecil dan sepet seperti Fizi.
Fizi juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dilindungi Allah malah membesar dengan baik dan sihat.
“Semoga membesar dengan baik ye saying.
“Lepas ni banyak moment dengan anak-anak kami akan update di ig @dnsofeas. Terima kasih semua,” tulisnya di kapsyen.
Terdahulu, Fizi mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada Oktober tahun lalu. Pasangan ini masing-masing turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan melalui perkahwinan terdahulu.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.