Dalam melayari alam rumah tangga kena ada ‘give and take’. Sebab tu nak rezeki murah jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri dan anak-anak. Nak bahagiakan anak isteri cukup mudah, bukan dengan wang ringgit tapi keprihatinan kita itu sudah mampu menerbitkan senyuman di wajah insan-insan yang kita sayangi.
Perkongsian yang cukup berinspirasi ini datangnya dari cikgu Mohd Fadli Salleh.Beliau berkongsi cerita tentang pengalaman membeli barang dapur yang dikirim oleh isterinya.
Bagi yang sudah ada pengalaman tiada masalah, tetapi ada juga yang tanpa sedar penuh barang ditangan memborong. Sedangkan pesanan isteri hanya barang tertentu sahaja.
Aku kena upah Personal Shopper dah pasni beli barang. Tak leh jadi dah ni. Tadi wife wasap,
“Abang. Tolong belikan biskut Jacob, Munchy’s dan ketip kuku baby ya”.
Terus aku rempit ke Giant dari UTC tadi. Masuk je Giant, tengok jajan, teringat anak suka. Tengok Kinder Bueno, teringat anak. Tengok tu rasa best, tengok ni rasa best.
Sedar tak sedar penuh satu troli. 🤦♂️
Isteri kirim 3 benda yang total tak sampai RM20 je pun. Bila masuk pasaraya ni terus hilang ingatan. Semua benda rasa nak beli. Dekat dua rat kena petang ni.
Nak balik tadi menung panjang aku. Lupa datang dengan motor. Ingat datang dengan lori tadi. Hampir-hampir nak tempah Grab dah tadi suruh hantar barang. Haha.
Ejas punya ejas, lepas la bawak balik naik motor. Sampai depan rumah anak-anak berlari,
“Yeay, yeay ayah balik!”
“Yah, ayah beli apa tu,” tanya anak-anak bila nampak aku bimbit barang masuk rumah.
Bersorak mereka lihat makanan kegemaran mereka ada belaka.
Terus hilang rasa menyesal beli belah tadi. Berganti kepuasan dan rasa bersyukur kerana belikan mereka makanan kegemaran mereka.
Kalau tak, mesti rasa bersalah saat anak bertanya “Ayah beli apa tu”.
Meski pun kita berbeza, meski pun cara kita tak sama. Namun aku pasti, kita semua setuju;
Senyuman dan kegembiraan anak-anak adalah perkara paling utama bagi setiap ibubapa.
Itulah bahagia.
#MFS
– Ops I did it again! –