Mengurat suami? Biasanya kita mendengar lelaki yang mengurat perempuan. Kali ini giliran si isteri pula untuk memikat hati suami. Jika artikel sebelum ini saya pernah menyentuh tentang suami mengurat isteri, kali ini saya berkongsi ilmu bagaimana isteri mengurat suami.
Keluarga ialah asas dalam kekuatan ummah. Keluarga bahagia akan menjadikan ummah kita kuat. Faktor utama kebahagian sesebuah keluarga ialah kasih sayang. Maka, salah satu kaedah dalam mewujudkan kasih sayang ialah dengan mengurat.
Cuba kita renung kembali zaman sebelum berkahwin. Bagaimana suami berusaha dengan teknik dan gaya masing-masing dalam mengurat bakal isteri. Alangkah manisnya hubungan bila isteri membalas pula dengan mengurat suami.
Jangan asyik ingin dibelai dan dimanja suami, sehingga terlupa untuk membalasnya. Suami juga walaupun nampak macho dan ego yang tinggi.. kononnya, mempunyai perasaan yang sama dengan isteri. Perasaan ingin dihargai. Perasaan ingin disayangi dan dimanja.
Kita semuanya dikurniakan seketul daging yang sama, iaitu hati. Dari hati itu la kita berkongsi rasa yang sama, kita berkongsi keinginan yang sama, dan kita berkongsi jiwa yang sama. Moga perkongsian tips ini dapat memberi manfaat dalam perhubungan kita. Insyaallah.
#1. SENTIASA MANJA DENGAN SUAMI
Suami juga memerlukan layanan ingin di manja. Itu lumrah kejadian manusia. Bagaimana untuk bermanja?
Ads
Ada banyak cara. Dengan lirikan mata pun boleh mewujudkan manja. Dengan belaian tangan seorang isteri pun dapat melahirkan perasaan manja.
#2. SENYUM SELALU
Hanya dengan menghadiahkan senyuman, sudah cukup untuk menenangkan hati suami. Senyum dapat menyalurkan aura yang sungguh hebat.
Kepenatan dan keletihan suami dapat diubat hanya dengan senyuman.
Senyum itu satu sedekah. Dari sedekah lah rahmat itu turun.
Ads
#3. SENTIASA ROMANTIK
Sifat romantik perlu sentiasa ada dalam perhubungan. Romantik itu boleh wujud dalam pelbagai cara. Layanan seorang isteri juga dapat menimbulkan suasana romantik.
Sekali sekala isteri boleh menyediakan kejutan kepada suami dengan candle light dinner. Air tangan dari masakan seorang isteri adalah makanan terbaik untuk seorang suami.
Layanlah suami umpama raja. Insyaallah..isteri akan dapat layanan bak permaisuri dari suami.
#4. MEMAKAI WANGI-WANGIAN
Wangi-wangian boleh menimbulkan satu aura yang sangat hebat dalam perhubungan. Pelbagai jenis minyak wangi boleh didapati dipasaran. Cuma sahaja tinggal memilih mengikut kegemaran dan kemampuan. Dan pastikan penggunaannya mengikut kesuaian tempat dan masa.
Ads
#5. SENTIASA MEMBERIKAN KEJUTAN BERUPA HADIAH
Isteri boleh mewujudkan elemen kejutan dengan memberikan hadiah kepada suami. Tidak perlu menunggu ulang tahun perkahwinan atau harijadi.
Hadiah yang simple sahaja sudah cukup bagi suami. Dan pastikan juga hadiah itu disukai oleh suami.
Apa yang penting ialah keilkhlasan isteri dalam memberikan hadiah. Kenanglah ketika suami mengurat dahulu. Pelbagai jenis hadiah diberi dalam usaha untuk memikat hati.
KESIMPULAN
Dalam apa juga perhubungan, kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci utama. Dengan mewujudkan elemen ‘mengurat suami’ dalam hubungan, isteri haruslah bijak mengatur strategi.
Sekiranya ingin menambah ummp dalam mengurat, isteri rajin-rajinlah memakai pakaian yang seksi dihadapan suami. Kompom boleh bikin cair hati dan hidung suami. Jangan asyik memakai pakaian yang sama saja.
Variasikan kaedah moga perhubungan terus bertambah erat tanpa dimakan usia. Dan dalam asyik kita mengurat, jangan terlupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keberkatan dalam perhubungan suami isteri. Mohon agar ikatan yang dipegang kekal erat hingga ke hujung nyawa.
Berbasikal menjadi antara aktiviti yang cukup digemari oleh anak-anak kita, malah aktiviti riadah ini bukan sahaja menyeronokkan malah menyihatkan. Namun sejak kebelakangan ini anak-anak kecil terlihat begitu ‘kreatif’ hingga melakukan ubah suai yang akhirnya mengundang bahaya apabila terjebak dengan kegiatan basikal lajak. Bukan sahaja itu, aksi mereka berbasikal dengan lagak ‘superman’ juga terlihat begitu bahaya.
Baru-baru ini dilaporkan ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias
Beliau berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
“Tindakan ini boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya gagal dalam tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan.
“Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar isu ‘Basikal Lajak’ di Bukit Aman di sini, hari ini.
Azisman berkata setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang.
“Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munsabah.
“Sementara itu menerusi Kaedah 42(1) LN165/59, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng,” katanya.
Beliau berkata tangkapan dan sitaan boleh dilakukan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukan Seksyen 112(1)(a) akta sama.
“Tindakan menangkap penuggang basikal lajak bagaimanapun tidak boleh diambil daripada segi undang-undang terhadap anak-anak yang terbabit merujuk kepada Seksyen 82 Kanun Keseksaan iaitu tidak menjadi kesalahan apa jua dilakukan anak-anak berusia kurang 10 tahun,” katanya.
Pada 1 Nov lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin berleluasa di negara ini.
Dalam pada itu, ketua pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata JPJ secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu itu sebelum sebarang tindakan diambil.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Walaupun anak itu telah besar dan sudah berumahtangga, kasih ibu bapa tetap utuh dan tetap memberi nasihat agar menjaga sopan santun dan adab.
Malah didikan yang baik seorang anak itulah cerminan ibu bapa.
Begitulah yang dapat dilihat kepada pelakon popular baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dengan pasangannya, Wan Emir Astar pada 3 September yang lalu dalam majlis pernikahan yang cukup meriah.
Menerusi entri terbarunya di instagram, sempena ulangtahun bapanya, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman,27, berkongsi ucapan ulangtahun kelahiran bapanya dan teguran agar menjaga adab berpakaian.
ABAH SEORANG YANG UNIK.
Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable.
Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day. *hugs
Mira juga berkongsi berperwatakan bapanya cukup unik. Juga seorang yang tidak bercakap banyak namun bapanya punya cara tersendiri untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab kepada diri dan keluarganya.
TEGURAN BAPA
Malah, bapa juga turut memberi peringatan cara berpakaiannya supaya memakai pakaian yang sopan dan sederhana agar tidak keterlaluan di khalayak ramai.
Dalam pasa itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti ini melahirkan rasa terharu pendekatan yang digunakan oleh bapa Mira Filzah.
Wanita yang ayu, lemah lembut dan sopan antara kriteria-kriteria biasa yang selalu kita dengar. Apatah lagi tidak ramai wanita yang sanggup melakukan kerja-kerja lasak seakan lelaki.
Namun tidak bagi gadis genit ini yang berusia 21 tahun ini. Nor Syazwani Nor Azman, gadis yang bertubuh kecil ini membuktikan bahawa wanita boleh melakukan kerja setanding lelaki.
Dengan berat badan 40 kilogram tidak menjadi penghalang untuk gadis manis ini mengangkat dan memunggah buah kelapa sawit boleh tahan beratnya bagaikan berat tong gas!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
NEKAD KERJA DI KEBUN
Dengan hanya memperolehi upah sekitar RM400 sebulan, dia tidak pernah merasa ralat memilih bekerja di kebun mandi peluh, gadis ini tekad untuk melakukan kerja di kebun yang kebiasaan dilakukan oleh orang lelaki tambahan pula tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran.
Melihat kerja lasak ini yang memerlukan tenaga yang kuat dan mampu mengangkat mengangkat setandan buah kelapa sawit yang dianggarkan seberat 25 kilogram, Syazwani memberitahu tiada makanan istimewa seperti vitamin tambahan. Sebaliknya makan apa yang dimasak oleh ibunya.
“Selain membuat kerja pemunggahan buah kelapa sawit, saya juga sedang belajar menuai daripada bapa saudara dan mahu menjadi sebahagian kemahiran jika bekerja di ladang.
“Sakit-sakit badan selepas bekerja di ladang adalah normal dan kebiasaan saya meminta ibu mengurut badan supaya segar semula.”
BANTU AYAH BUAT DAN BAIKI RUMAH
Katanya lagi, jika tidak ke kebun dia akan mengikut bapanya, Khairul Mohd Senawi, 43, yang terbabit dalam kerja pembinaan seperti membina dan membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.
Syazwani memberitahu tidak pernah gayat apabila melakukan pembinaan rumah seperti memanjat bumbung rumah bagi memasang dan membaiki atap rumah.
“Saya sudah biasa melakukan kerja sedemikian selain tidak pernah berasa gayat.”
Bukan itu sahaja, gadis ini turut mahir menebar roti canai dan pernah membantu ibunya meniaga berniaga makanan di gerai berhampiran rumahnya.
IBU AKUI ANAK SUKA KERJA LASAK
Sementara itu, ibunya, Mastura Masran, 39, berkata, anak kedua dari sembilan beradik itu memang gemar melakukan kerja lasak.
Katanya, dia tidak hairan anaknya boleh melakukan kerja yang sering dibuat orang lelaki kerana dia juga pernah membantu orang tuanya di kebun .
“Kebiasaan anak gadis yang tinggal di tanah rancangan Felda akan membantu ibu bapa bekerja di ladang.”
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.