Isteri Kena Bagi Semangat, Suami Jangan Lupakan Isteri Bila Mengaji.” Agong & Permaisuri Dipuji Pasangan Contoh!

Share

Kredibiliti dan kepimpinan yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam  menyelesaikan kemelut politik di negara ini nyata mendapat pujian dan reaksi positif semua pihak. Rata-rata memuji pendekatan yang diambil Agong penuh diplomatik.

Sekali gus menutup mata dan suara sumbang selama ini yang menuduh institusi DiRaja tiada sebarang fungsi. Kini, telahan tersebut lenyap sama sekali dan pujian di angkat atas apa yang Agong lakukan kini.

Malah, sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut.

Terbaru, dua keping gambar mempamerkan sisi baginda sebagai contoh dan tauladan terbaik sebagai ketua agama Islam. Perkongsian dua keping gambar pasangan DiRaja ini oleh Pondok Ledang ternyata mendapat reaksi dari warganet.

Bestnya kalau suami isteri dapat bersama mengaji ilmu agama. Balik mengaji singgah warong ngeteh bersama.

Isteri kena bagi semangat kepada suami untuk mengaji. Suami jangan lupakan isteri bila mengaji.

Tak semua orang dituntut menjadi pemimpin. Tetapi semua orang dituntut mengaji ilmu agama.

Walhasil, pergilah mengaji. Tuanku dan Permaisurinya telah mencontohkan kepada kita tentang tujuan hidup dan kebahagiaan hati.

Sumber Gambar: istana_negara