Kebelakangan ini banyak muncul kisah-kisah rumahtangga yang tidak sedap didengari dilaporkan dan kebanyakannya dari kalangan selebriti tanah air. Mana yang ‘main kayu tiga’, ada juga yang cuba merebut suami orang dan sebagainya!
Rentetan dari itu, pelakon, Dayana Roza baru-baru ini ada berkongsi pandangannya tersendiri mengenai isu ini di laman Instagram Storynya.
Menurut penulisan Dayana, wanita yang bergelar isteri perlu mempunyai mental yang kuat supaya dapat menjaga anak-anak dan tak perlu menyeksa diri untuk berada dalam perkahwinan yang boleh memudaratkan kesihatan mental. Tambah Daya, para isteri zaman sekarang perlu memiliki pendapatan sendiri.
“Sebab tu kalau boleh isteri kena ada duit sendiri. Zaman sekarang macam-macam peluang buat duit, dari rumah pun boleh. So, perempuan tak perlu la asyik kena ‘redha’ je dengan toxic marriage. Memang kesian anak-anak tapi kena kesian dulu dekat diri sendiri. Kalau mental dah lemah macam mana nak jaga anak-anak?
“Kalau dah melampau sangat terpaksa la angkat kaki. Memang takde orang nak kahwin cerai, tapi kalau sampai terseksa diri pun tak boleh jugak. Jangan biarkan mental anda kena abuse.” tulisnya.
Untuk info, Dayana berkahwin dengan usahawan, A’dale Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Dayana Roza