Ucapan terima kasih adalah lafaz yang diucapkan sebagai tanda menghargai kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain, kepada diri kita dan orang lain.
Pun begitu, ketikanya kebaikan seseorang tidak mampu untuk dibalas dalam bentuk perbuatan, harta atau kewangan. Hanya dengan ucapan terima kasih, sudah cukup sebagai tanda pujian dan penghargaan lebih-lebih lagi buat insan yang telah banyak berkorban buat diri kita.
Memahami betapa pentingnya ucapan terima kasih ini, Encik Matt berkongsi pandangannya di fb miliknya dengan mengingatkan isteri jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada suami. Mengapa dia berpesan begitu, jom kita baca perkongsian daripadanya.
ISTERI
Jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Sediakan makan minum,pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia,stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan,dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Saat berjauhan mesej suami,hantar gambar anak-anak diwhatsapp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai.
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak bahagia,kenyang dari lapar,sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat,tenang,dihargai,dicintai,disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t,terselamat dari azab kubur,lepas titian sirat,terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
ISTERI.
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat,marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami difacebook mahupun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar,penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami Syurga buat isteri.
Sumber : Encik Matt
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club