Isteri Jangan Skema Sangat, Kenalah Suka Sakat Dan Manja Pada Suami. Barulah Makin Bahagia.

Share

Jika dah lama berkahwin lebih dari 10 tahun tak salah kan, buat perkara ‘lucu’ yang membahagiakan pasangan.

Salah satunya, sakat suami. Jangan skema sangat dalam perkahwinan ni. Nanti pasangan cepat bosan.  Selanjut ikuti perkongsian ini. Tip bahagia rumahtangga yang tak perlu keluar duit pun. Jimat kan.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Terkejut saya bila buka galeri henfon saya tadi. Penuh dengan selfie si isteri!

Entah bila dia boleh ambil henfon saya senyap senyap semalam dan snap gambar selfie dia banyak banyak. Saya syak ini strategi dia nak bagi saya rindu dia lah.

Alang alang isteri saya buat strategi macam ni saya nak usulkan juga lah pada yang lain untuk buat strategi macam ni pada suami masing masing. Tak aci lah saya je yang kena sakat gini. Patutnya semua suami kena sekali ni. Hehe. Tapi serius strategi tu menjadi. Saya duk belek gambar si dia je daripada tadi ni sambil tersenyum senyum.

Ni beberapa strategi licik yang anda boleh buat pada suami sendiri :

+ cuba buka wallet suami senyap senyap dan letak gambar anda

+ cuba ambil henfon suami dan tukar wallpaper henfon suami kepada gambar anda

+ cuba ambil henfon suami, save nama di henfon suami dengan nama yang sweet sweet manja macam Bidadariku ke, Cintaku ke, Muah Muah I Love You ke

+ sembur minyak wangi anda yang menjadi kegemaran suami pada wallet suami. Barulah setiap kali nak buka wallet je suami jadi teringat pada isterinya sendiri

Isteri saya selalu pesan pada kawan kawan dia kalau jadi isteri ni kena ada ‘nakal-nakal’ juga. Jangan skema dan serius sepanjang masa. Nanti suami cepat bosan.

Sebab tu la isteri kita ni jenis ‘unpredictable’ dia punya emosi. Rupa rupanya ianya untuk kebaikan si suami juga. Rupanya benda tu lah yang buatkan suami jadi tak bosan bosan dengan isterinya sendiri.

Gembira disakat isteri.

Kredit: Taufiq Razif