Jika dah lama berkahwin lebih dari 10 tahun tak salah kan, buat perkara ‘lucu’ yang membahagiakan pasangan.
Salah satunya, sakat suami. Jangan skema sangat dalam perkahwinan ni. Nanti pasangan cepat bosan. Selanjut ikuti perkongsian ini. Tip bahagia rumahtangga yang tak perlu keluar duit pun. Jimat kan.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Terkejut saya bila buka galeri henfon saya tadi. Penuh dengan selfie si isteri!
Entah bila dia boleh ambil henfon saya senyap senyap semalam dan snap gambar selfie dia banyak banyak. Saya syak ini strategi dia nak bagi saya rindu dia lah.
Ads
Alang alang isteri saya buat strategi macam ni saya nak usulkan juga lah pada yang lain untuk buat strategi macam ni pada suami masing masing. Tak aci lah saya je yang kena sakat gini. Patutnya semua suami kena sekali ni. Hehe. Tapi serius strategi tu menjadi. Saya duk belek gambar si dia je daripada tadi ni sambil tersenyum senyum.
Ni beberapa strategi licik yang anda boleh buat pada suami sendiri :
+ cuba buka wallet suami senyap senyap dan letak gambar anda
Ads
+ cuba ambil henfon suami dan tukar wallpaper henfon suami kepada gambar anda
+ cuba ambil henfon suami, save nama di henfon suami dengan nama yang sweet sweet manja macam Bidadariku ke, Cintaku ke, Muah Muah I Love You ke
+ sembur minyak wangi anda yang menjadi kegemaran suami pada wallet suami. Barulah setiap kali nak buka wallet je suami jadi teringat pada isterinya sendiri
Ads
Isteri saya selalu pesan pada kawan kawan dia kalau jadi isteri ni kena ada ‘nakal-nakal’ juga. Jangan skema dan serius sepanjang masa. Nanti suami cepat bosan.
Sebab tu la isteri kita ni jenis ‘unpredictable’ dia punya emosi. Rupa rupanya ianya untuk kebaikan si suami juga. Rupanya benda tu lah yang buatkan suami jadi tak bosan bosan dengan isterinya sendiri.
Gembira disakat isteri.
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita memang berjiwa kental dan tabah. Walaupun jiwanya lembut dan tersentuh hati, dirinya tetap kuat meneruskan kehidupan.
Menarik sungguh perkongsian oleh puan Najibah Mustaffa mengenai peranan wanita yang begitu tabah meneruskan kehidupannya.
Amati perkongsian beliau.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Kuatkan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memamg takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Credit : Najibah Mustaffa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahaya renjatan elektrik berlaku di mana-mana tanpa diduga. Seorang ibu muda berusia 20 tahun dilapor maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memasukkan tangannya ke dalam mesin basuh yang sedang berputar.
Memetik laporan Mirror, kejadian tersebut berlaku di Juazeiro, timur laut Brazil pada minggu lalu.
MASUKAN TANGAN DALAM MESIN AMBIL PAKAIAN
Menerusi siasatab mendapati bahawa mangsa mengalami renjatan ketika cuba untuk mengambil pakaian di dalam mesin basuh di rumahnya.
Mangsa yang juga merupakan seorang ibu itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital tempatan.
Sementara itu, mayatnya telah dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun selepas selesai dibedah siasat.
Wanita tersebut meninggalkan suami dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.
Menurut laporan, kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku kerana seorang kanak-kanak dilaporkan telah ditemui dalam mesin basuh yang dihidupkan.
Dalam kejadian yang berlaku di Christchurch, New Zealand itu, kanak-kanak tersebut ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
“Seorang individu cedera dan dibawa ke hospital serta disahkan meninggal dunia,” kata seorang jurucakap pihak berkuasa.
Risiko bahaya mesin basuh kepada kanak-kanak telah dilaporkan secara meluas.
Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna, sekurang-kurangnya tiga kematian berkaitan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah telah berlaku sejak 2014.
Sumber: Mirror
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...