Tentu ada yang mempunyai suami apabila tidur je berdengkur. Siap kena kejut bangun sebab bunyi menganggu tidur.
Tapi sebenarnya itulah pemanis rumahtangga. Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini. Dengkur suami itu sebenarnya membahagiakan.
Ikuti perkongsiannya.
Mendengar ceramah Ustaz Shamsul Debat tadi, kemain terbahak-bahak aku ketawa.
Topik yang dibincangkan,
“Isteri, jangan merungut suami tidur berdengkur.”
Bermacam-macam contoh bunyi dengkuran yang USD bagi. Antaranya bunyi mengunyah, bunyi asah gigi, bunyi kapal berlabuh, bunyi vibrate henfon pun ada. Keras perut aku gelak.
Katanya bersyukurlah, sekurang-kurangnya suami tidur sebelah kita. Bukan sebelah orang lain.
Tengah sedap aku gelak, tiba-tiba ustaz cerita ada sorang makcik kat Rembau tu cakap,
“Takde lah masa lain yang makcik teringat kat pakcik kau, time tido lah. Bila time tido makcik dah tak dengar suara dia, baru lah makcik sedar yang pakcik kau dah takde.”
Allahu.
Sebak sungguh dengar. Airmata yang tadi keluar masa aku gelak-gelak, dah terus tukar jadi airmata sedih.
RENUNG WAJAH SUAMI SEBELUM TIDUR.
Tapi betullah gais,
Malam-malam sebelum tidur tu, cubalah renung muka suami sejenak. Kasih atau kasihan? Kadang-kadang cuba tanya diri sendiri, masih ada tak feeling macam masa baru kahwin dulu bila pandang muka diorang.
Ke sekarang ni tengok pun dah menyampah, menyirap je tengok muka? Atau rasa nak tekapkan bantal je kat muka dia? Biar kojol. Kalau ada rasa begitu, baiklah berbincang hati ke hati, cari apa punca masalah korang atau pergilah kaunseling.
Aku bukanlah isteri yang terbaik. Tapi malam-malam selain dari renung muka anak-anak tidur, aku paling suka curi-curi pandang muka Encik Suami masa dia dah tertidur.
Alhamdulillah, wajah itu masih memberi aku sejuta ketenangan. Sama seperti dulu. Suami isteri adalah saling melengkapi, saling berkongsi. Bukan hanya sorang ja yang
“give” dan sorang lagi hanya tahu “take.”
“Yeayy Mama, Ainul Dah Ready Nak Jalan- Jalan Keluar Ni.” Tubuh Makin Berisi, Adik Ainul Seronok Dapat Bersiar-Siar & Hirup Udara Di Kota London Selepas 2 Bulan Dalam Wad
Perkembangan terbaru adik Ainul Mardhiah yang bertambah baik bukan sahaja menggembirakan ibu bapanya, bahkan rakyat Malaysia turut bersyukur dengan situasi tersebut.
Biarpun sebelum ini dikhabarkan adik Ainul bakal pulang ke tanah air, namun disebabkan atas faktor kesihatan ia ditangguhkan buat seketika.
Menerusi perkongsian terbaru Ainul telah dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan hospital oh ibu bapanya bagi menghirup udara segar setelah berminggu-minggu menjalani rawatan di dalam bilik rawatan.
Menerusi laman Instagram, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan pengikut mereka yang merindui wajah bayi comel tersebut.
Berpeluang bawa ainul jalan jalan ambil udara segar hari ni, sampai tertidur-tidur dalam stroller, sedap sangat kot kena angin angin sejuk hehe.
Demikian perkongsian yang dimuat naik Ahmad Safiuddin menerusi laman instagramnya.
Selain bapanya, ibu Ainul juga turut memuat naik perkongsian yang sama.
Perkongsian tersebut mengundang perharian warganet dan rata-rata gembira dan bersyukur dengan perkembangan terbaru itu.
datinsallyy Nampak berisi dah baby ainul…
camandim Thank you buat live tadi… Terubat rindu kat baby ainul.. Semoga Allah sentiasa lindungi dan kurniakan kesihatan yang baik untuk baby Ainul ❤️
nlqin Comel nya ainul ? jari pun cantik, runcing je ?
Comelnya awak
itsnunina Ainul dah berisi?..ank acik lbh krg umur dgn ainul, moga sama2 sntiasa sihat ye syg ?
jubahgojes_collections Comelnya ainul… Smga cepat sembuh dan di beri kesihatn dan kekuatan selalu buat baby ainul?
naddyeanad Allahu bidadari syurga❤ Ainul Mardiah comeynya awak syg??
_fdillh_ Alhamdulillahh badan awak dah berisi sayangg ?? comellnyaaaaa awakk??
ciliss_kitchen sejuk mata memandang wajah ainul..setiap manusia yang memandang pasti akan merasa kasih dengan ainul..moga ainul selalu berada dia bwah lindungan Allah
hashimah_noor_noor ya Allah syukur alhamdulillah..tenangnye adik ainul tidur..comel sungguh ???
Anak yang cekal
azeera.zainal comelnya awak saynggggg ????? membesar dengan sihat dan bahagiakan mama dan walid awak anak syurga ??
wanitapga Sejuk mata memandang..anak yg begitu cekal
sallianaqhabeel ??? Kuasa Allah,,, semoga awak berbahagia bersama ibu dan ayah tercinta..My Favoret Little bidadari ??
sulastri6590106 Nampak ceria sayang,Ainul sehat sejahtera ya sayang,nampak berisi dah tangan tu
Sumber: IG ahmadsafiudinn & _nrlerwani
Setiap Hari Dalam Doa Selepas Solat, Sebut Nama Pasangan Dan Anak, Barulah Pasangan Bahagia Dan Anak Cemerlang.
Tentu, kita inginkan kehidupan suami isteri yang bahagia. Ia adalah impian kehidupan berkeluarga setiap pasangan suami isteri. Sekali gus dapat membentuk anak yang bijak dan mendengar kata.
Berikut panduan yang boleh dijadikan hala tuju untuk membentuk keluarga bahagia.
1 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6 Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12 Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16 KEKALKAN MAWADDAH (ROMANTIK) DALAM RUMAHTANGGA. JALAN PEGANG TANGAN, BARING ATAS RIBA PASANGAN, PELUK PASANGAN, PANDANG WAJAH PASANGAN DENGAN RASA CINTA. BIARPUN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
17 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18 Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28 Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Sumber: islamituindah.my
Pantau Berat Badan Anak Untuk Kekal Sihat, Dr Ni Bagi Teknik Paling Mudah Nak Kira BMI!
Masalah berat badan anak-anak sering dikaitkan dengan pengambilan makanan harian yang banyak, mengamalkan gaya hidup pasif atau disebabkan keturunan.
Pastinya sebagai ibu ayah, tentu kita tidak mahu anak mendapat penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya di usia muda disebabkan berpunca daripada faktor berat badan.
Lantaran itu bagi memastikan anak-anak kekal sihat, ibu ayah perlu memainkan peranan untuk mengawal dan tahu cara memantau Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal untuk anak-anak mengikut usia mereka.
Berkongsi info berkenaan cara mudah untuk ibu ayah membuat pemantauan BMI anak-anak, Dr Kamarul Ariffin ada formulanya.
Ini perkongsiannya.
Hari ni para cikgu kongsikan satu surat pekeliling arahan membuat pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) untuk murid 5-9 tahun apabila sekolah bermula minggu depan.
Saya (sebagai doktor) rasa, elok ibubapa juga ambil peranan untuk periksa dan pantau BMI anak masing-masing. Ukuran BMI adalah salah satu cara untuk mengetahui sama ada berat badan anak-anak adalah normal atau tidak.
Seperti yang kita tahu, berat badan yang kurang atau berlebihan boleh menjadi tanda masalah kesihatan. Oleh itu, pemantauan BMI boleh ibubapa adalah salah satu cara untuk pantau kesihatan anak-anak.
Berat badan sahaja tidak boleh digunakan untuk menentukan normal atau tidak, kerana berat badan juga dipengaruhi oleh ketinggian. Oleh itu, rumus(formula) BMI mengambil kira ketinggian.
Bagi mengira BMI kita perlukan:
- Ketinggian (dalam unit meter)
- Berat badan (dalam unit kilogram)
Formulanya:
BMI = Berat / (Ketinggian)²
Bagi mengetahui sama ada BMI anak anda normal atau tidak, ia perlu dibandingkan dengan carta pertumbuhan kanak mengikut jantina dan umur. Carta dikepilkan di bawah.
Caranya:
- Pilih carta mengikut jantina anak
- Plotkan titik pertemuan BMI anak dan umurnya
- Lihat titik pertemuan itu di zon berwarna apa
putih = normal
kuning = berat berlebihan
hijau = obesiti
merah = kurang berat
Tak faham? Jangan risau. Sekarang ada kalkulator dan pembanding BMI. Pergi sahaja ke link saya beri di bawah ni, pilih metrik(metric), masukan umur, jantina, tinggi dan berat. Tekan butang “calculate”
Anak-anak yang mempunyai berat badan tidak normal perlu diberi perhatian. Selain menjalankan program diet seimbang dan aktiviti fizikal, mereka digalakkan disaring oleh petugas kesihatan.
Kanak-kanak yang mempunyai lebihan berat badan berisiko menghidap penyakit seperti kencing manis, serangan asma, darah tinggi, masalah sendi, sindrom metabolik, masalah haid, dll.
Manakala kanak-kanak yang mempunyai berat yang kurang berisko mempunyai penyakit seperti sindrom metabolik, masalah haid, anemia(kurang darah merah), masalah tulang, dll.
Masalah-masalah kesihatan ini dapat dikurangkan jika pemantauan dan usaha pengawalan berat badan dibuat secara berterusan oleh ibubapa, dan dibantu oleh para cikgu.
Saya tekankan sekali lagi, ia tanggungjawab ibubapa untuk pantau dan kawal BMI melalui diet dan aktiviti mereka. Para cikgu dan petugas kesihatan hanya boleh bantu sahaja.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club