Bila bercakap tentang duit belanja dalam rumah tangga, tentunya encik suami selayaknya memberi kepada isteri dan anak-anak.
Pun begitu, bila isteri bekerja dan punya duit sendiri jangan pula ada isteri merasakan tidak perlu pula meminta duit suami bahkan ada pula yang malu untuk meminta sedangkan ada hak isteri pada duit suami.
Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada isteri ini bagaimana dia dan suami mengurus perbelanjaan walaupun dirinya merupakan wanita berkerjaya. Jom semak.
GAJI BINI KAN ADA?
15 tahun lepas…
Akak bersuamikan seorang Technician sahaja. Dan akak? Level-level officer cuma bergaji RM1,500.
Akak tak biasakan midset emosi dan simpati dalam pengurusan wang keluarga. Tak pe la.. sian laki aku gaji kecik. So tak payah bagi duit kat aku. NO! This is big no!
Gaji suami kecik atau besar, sejak bulan pertama berkahwin akak pegang 100% gaji suami. Uruskan dari A hingga Z.
Bila tak cukup kami sama-sama buat kerja kedua ketiga. Kami beli kereta proton saga cash sahaja janji hujan anak tak basah. Akak akan forecast berapa kenaikan perbelanjaan tahun seterusnya agar suami akak bersedia untuk menjana pendapatan tambahan.
Bila dua cabang pendapatan (gaji akak + suami) dijaga akak seorang, kebocoran amat minima. Wang bocor RM1 pun akak selidik pegi ke mana?
Bila gaji suami kecik, kami belanja cara kecik. Gaji akak fokus simpanan persaraan dan pendidikan anak. Tak apa hidup tak bergaya asalkan usia 24 tahun dah bayar deposit rumah pertama.
Berkat nafkah yang walaupun kecil tapi sempurna inilah rezeki suami akak tak pernah sempit. Dari Technician hingga menjadi Senior Engineer dan wujud beberapa cabang pendapatan juga perniagaan.
Ramai yang lupa tempat tinggal, makanan dua kali sehari, kesihatan, mandian, pakaian isteri adalah tanggungjawab suami. So, apa nak malunya bila isteri guna wang suami?
Isteri bekerja supaya dapat lebihan gaji. Boleh invest beli beberapa rumah, simpanan emas dan menabung minima 50% setiap bulan.
Isteri bekerja adalah sebagai proses training menjana wang. Supaya andai suami meninggal dulu isteri punya kemampuan berbelanja untuk keluarga.
PERLU JELAS INI!
Ramai isteri yang kesian pada suami akhirnya guna gaji sendiri untuk berbelanja. End up suami jadi pemalas lemak berkrim. Buat apa suami nak buat dua tiga kerja? Kalau tak cukup belanja GAJI BINI KAN ADA? #apeni?
Islam itu bukan setakat solat, puasa dan bayar zakat. Islam itu cara hidup. Dok pung pang pung pang soal poligami tapi nafkah isteri pun tak lepas lagi. Pigidaaa masuk gua…
Kemain kereta besar, sportrim mahal padahal bini sara diri sendiri. Pastu nak sembang soal isteri tidak taat, nusyuz dan derhaka. Nafkah tak usaha bagi lagi mau sembang ketaatan dan keluhuran.
Ya… sejak gaji akak officer RM1,500 hingga hari ni gaji HR Manager yang memiliki pendapatan beberapa rumah sewa juga pendapatan saudagar emas – akak masih tak malu berbelanja duit suami.
Gaji sendiri akak simpan dan labur untuk pendidikan juga persaraan keluarga. Akak plan agar diri sendiri dan suami capai tahap hampir mustahil untuk bersara miskin menyusahkan sesiapa.
Cara begini memotivasikan dan meningkatkan kreativiti suami untuk buat business dan tingkatkan pendapatan. Sebab suami ada anak isteri perlu diberi makan. Kalau dia tak rajin usaha, bagaimana anak isteri nak makan pula?
Buat semua isteri di luar sana tak kira bekerjaya atau surirumah jangan malu guna wang suami. Dalam wang suami ada hak anda setiap bulan dan saban tahun. Gunakan hak anda sepenuh dan sebaiknya untuk kebaikan seisi keluarga.
Hak nafkah isteri ni bukan akak yang cakap tapi Allah yang cakap. Sembang pusing camne pun tak kan nak nafi apa yang Allah perintah?
Salam sayang dan ya… Marlia Ramli tak penah malu guna wang suami.
sumber : Marlia Ramli