Kegembiraan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kedua bertukar duka bila mana isteri tersayang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4. Bagaikan tidak percaya, Mohd Hafizi Mohd Yusof kelu seribu bahasa apabila berita tersebut dikhabarkan oleh doktor.
“Pada awal puasa ke 4 tahun lepas, isteri saya disyaki menghidap tibi lalu dia di beri rawatan pesakit tibi. Isteris aya terpaksa makan pil tibi selama 3 bulan berturut-turut disamping setiap bulan temu janji buat x-ray untuk lihat perkembangan kesan ubat tibi tapi melalui x-ray tiada perubahan.
‘Selepas tu doktor syokkn buat ct scan ada nampak ketumbuhan di paru-paru di sebelah kiri selepas tu buat biogpis ambil sample ketumbuhan. Seminggu lepas itu pada 28/8/18 isteri saya di sahkan menghidap kanser paru-paru stage 4.
“Lepas tu fail2 isteri saya dipindahkan dan di daftarkan di Yayasan Tunku Jalil, Muar. Tapi malangnya sebelum temu janji isteri saya dengan pakar onkologi dia telah di serang sawan pada mlm 22/9/18 Isteri saya di masukkan zon kuning dan di xray bahagian kepala. Dotor mengesahkan kanser isteri saya telah merebak ke otak.
Ads
“Bayangkan pada 23 hari bulan sehari sebelum ulang tahun pernikahan kami yang kedua isteri saya telah dibawa ke Hospital Ismail Johor untuk radioterapi. Saya menyambut ulang tahun perkahwinan kedua kami di hospital. Isteri melakukan radioterapi selama 5 kali dan berada diwad selama 9 hari.
“Selesai radioterapi, rambutnya gugur sehingga botak. Sebulan selepas itu, dia jumpa doktor pakar dan doktor mencadangkan dia menjalani kimoterpi pula sebanyak 12 kali,” ujar Mohd Hafizi tatkala bercerita detik awal isterinya jatuh sakit sehingga disahkan menghidap kanser tahap 4.
Pada pertama kali Kimo, Roshaya Binti Isnin,diserang sawan yang amat teruk. Sehingga dimasukkan di zon merah.
Ads
“Dan dari situ awalnya hanya lumpuh dikaki, kemudian merebak ke separuh badan belah kanan. Selama hampir 3 bulan terlantar tak boleh buat apa-apa tapi rawatan kimo diteruskan. Selepas kimo, isteri dimasukkan ke wad selama seminggu akibat kekurangan darah putih dan Sesak nafas.
“Akhirnya pada 24/3/19 segala rawatan kimoterapi isteri saya dhentikan. Sekarang ini, isteri saya sudah dibawa pulang ke rumah. Menurut doktor, jika diteruskan boleh mengancam nyawa dan mereputkan tulang.
Ads
“Doktor pakar syorkan kami mendapatkan rawatan di hospital swasta yang mana ia memerlukan belanja yang sangat tinggi bagi kami yang tak berkemampuan anggaran antara RM7-10k, atau mencari rawatan tradisional diluar,’ cerita Mohd Hafizi lagi yang belum dikurniakan anak hasil perkahwinan mereka.
Dugaan datang bertimpa-timpa, disebabkan kerap mengambil cuti untuk menjaga isterinya yang sakit, Hafizi diberhentikan kerja.
“Saya terima segala ujian yang diberikan ini dengan hati yang reda. Yang penting, saya mahu menjaga isteri dan berdoa semoga dia akan sembuh kelak. Itulah harapan saya. Biarlah saya hilang kerja dari hilang orang tersayang.
Bagi anda yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di bank islam 01032020753797 mohd hafizi atau maybank 151463325545 roshaya Isnin(isteri) no tel 0142774903.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang hanya nampak luaran namun yang mengalaminya tahu betapa masalah kemurungan memberi impak yang cukup mendalam. Bukan pada diri sendiri bahkan turut membabitkan orang sekeliling.
Kisah wanita yang terjun bangunan, mengelar sehingga menyebabkan kematian anak sendiri dan sebagainya sering kita dengar sejak akhir-akhir ini.
Kerana itu orang sekeliling terutama ahli keluarga perlu peka dengan masalah ini. Jangan ambil ringan kerana ia boleh mengundang masalah yang lebih besar.
Berikut adalah perkongsian dari Puan Zarina Shahrin yang pernah melalui saat-saat sukar apabila diri dilanda kemurungan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua dalam menghadapi situasi ahli keluarga atau orang terdekat mengalami masalah kemurungan.
Kemurungan.
Sejujurnya dahulu semasa berperang dengan penyakit ini, saya tidak tahu saya sedang menghadapi kemurungan. Setiap hari bergelut dengan “benda gila” yang mengganggu emosi dan fikiran yang mana akhirnya dilepaskan kepada anak-anak melalui jeritan dan pukulan. Tapi bila suami ada di rumah, dan “berfungsi” sebagai housemate dan “another parent” bagi anak-anak, perasaan itu hilang. Diri rasa tenang.
Pernah, saya rasa nak buat-buat terjatuhkan anak (dari tingkat 6) semasa suami tengah kunci pintu rumah, bila kami nak keluar ke mana-mana. Saya fikir masa tu, akan kurang satu beban bila anak kurang seorang.. (astaghfirullahalazim) ..Syukurlah perasaan waras yang tinggal entah 10-20 peratus masih ada untuk menghalang niat gila saya ketika itu.
Pernah, bila bawak kereta dan berhenti di lampu isyarat yang mana kebetulan kereta saya di depan sekali. Bila perhatikan lori besar dari arah kiri/kanan yang sedang mengejar lampu hijau, saya geram dan rasa sungguh-sungguh nak memecut dan rempuh lori-lori ini… Biar mati. Habis cerita. Sebab hidup rasa tiada makna. Rasa tak diperlukan. Rasanya kalau saya hidup pun, anak-anak asyik kena marah kena pukul, baik saya mati sahaja. Again, tahap sedar yg tinggal 10-20 peratus itu menghalang saya daripada melakukannya.
Hidup saya kucar-kacir.. basuh pinggan di dapur, anak menangis di depan saya tinggalkan pinggan penuh di sinki dengan air terpasang. Lepas anak berhenti nangis, tengok pula kain baju belum dilipat, lipat dulu.. bila tengah lipat baju, perasan air bunyi kat dapur, baru sedar tadi tergopoh-gapah tinggalkan benda kat dapur.
Tinggalkan baju yang tengah dilipat pegi dapur pulak sambung basuh pinggan periuk, lepas tu sidai baju dalam mesin basuh.. bila pergi semula ke depan, masyaallah ternampak kain baju yang sedang dilipat tadi tertinggal begitu sahaja. Pakej dengan anak2 dah tolong sepahkan. Selalu juga terasa aku ni gila ke apa.. Otak aku ni dah jem ke buat kerja separuh tinggal sana-sini.. perkara kecik sebegitu pun buat saya tertekan.
Mengapa tak share dengan suami? Selalu. Ya, jawapannya selalu. Tapi selaku makhluk yang fikirannya lebih ringkas, jawapan suami saya hanyalah “rileks, buat apa nak stress. Siapkan satu-satu..” — jawapan tidak membantu. Pernah saya kata padanya, “sayang rasa sayang dah gila la abang” ..dengan airmata yang baru nak bergenang sebab nak mengadu betapa penatnya dan saratnya perasaan yang sedang saya tanggung… Dia sambil ketawa menjawab, “la gila kenapa pulak sayang..” Sekarang saya tahu dia tak bermaksud mentertawakan saya, tapi pada ketika itu saya sungguh-sungguh rasa diketawakan. Airmata yang tadinya mula bergenang jadi kering. Lantas saya jawab la begitu-begitu sahaja.. Dan perasaan tertekan pun semakin terpendam menjadi semakin sarat..
Setahun lebih berperang dengan diri sendiri yang gila. Sehingga kemuncaknya bila saya tahu yang rupa-rupanya saya sedang mengandungkan anak ketiga sudah hampir 10 minggu. Saya menangis semahu-mahunya kerana sungguh-sungguh belum mahu dengar berita tentang kehamilan lagi. Anak sulung setahun lapan bulan dan anak kedua baru 8 bulan.. Rasa nak digugurkan sahaja anak dalam kandungan pada waktu itu. Mujur Allah temukan dengan rakan2 yg membantu. Gugur airmata keibuan saya bila seorang rakan berkata “sedih baby kalau dia tau ibu dia nak buang dia..”
Penyelesaiannya datang bila seorang lagi kawan mencadangkan cuti setahun tanpa gaji. Ya, cuti. Dan cuti itu haruslah benar-benar cuti, yang mana anak-anak ke taska dan saya dirumah bersendirian. Berehat. Ketika berpantang, anak-anak ke taska, suami kerja, saya dengan baby bersendirian. Lepas baby 2 bulan, Baby pun pegi taska bersama kakak-kakaknya.. saya dirumah sorang-sorang. Pada awalnya hanya tidur, tidur, dan tidur…
Saya boleh tidur sampai pukul berapa saya nak tidur. Baju blonggok biarkan. Ada mood basuh, takda mood biarkan nanti suami akan bawa ke dobi. Saya mula mencari penyelesaian untuk memudahkan kerja saya. Beli bakul – satu anak satu bakul baju supaya saya tak payah lipat baju. Untuk pemakanan anak-anak, saya dah mula gunakan konsep – asalkan makan kenyang dan bukan kenyang dengan makanan ringan. Tak kisahlah kalau 3-3 orang nak makan bubur kosong pun takpa. Nasi dengan kicap sahaja pun takpa asalkan makan. Kalau dulu mesti ada protein dan sayur.
Menjelang bulan ke enam selepas anak ketiga join ke taska. Saya terperasan yang emosi sudah stabil. Kerana. Enam bulan masa yang saya dapat untuk bersendirian. Berehat, dan buat ikut suka hati saya. Saya akui suami kadang rasa marah sebab saya dah la cuti tapi rumah tak terurus sama macam hari kerja. Tapi saya abaikan. Saya abaikan sahaja semua benda. Sebab saya nak berehat. Dengan rehat itulah saya telah menjadi diri saya semula, biarpun ada rakan2 lama yang datang bertanya mengapa saya sudah tidak seperti dulu.
Dan hari ini, dengan izin Allah selama lebih kurang setahun kebelakangan ini saya telah confirmkan yang saya bebas daripada penyakit gila ini. Rasa dah tak mahu ingat lagi..
Dan betapa sedihnya rasa hati saya bila hari ini seorang rakan menunjukkan hasil ujian mentalnya. Dan keadaannya lebih teruk daripada saya.. I know she needs help. But her husband did not know. Doaku supaya Allah pelihara kamu sekeluarga.
Sekian, ZarinaShahrin. RakanFacebookAnda.
**Jangan ada komen mengecam suami saya hanya kerana kurang penglibatan beliau dalam post ni ok. ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan bila adanya aplikasi Waze ini menjadikan ramai antara kita yang pada mulanya tidak berapa mahir akan selok belok jalan, namun kini boleh sampai ke mana-mana destinasi yang ingin dituju dengan mudah.
Pun begitu, ada hari dan waktunya bilamana menggunakan waze untuk ke suatu tempat, kita akan ‘dibawanya’ melalui jalan-jalan pelik dan merepek.
Hakikatnya, waze pun perlu di setting. Nak tahu stepnya, ini dikongsikan oleh Aida Joseph yang menurutnya, jika auto setting takut bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.
Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.
Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.
Step 1: Bula aplikasi wave dan click butang setting.
Step 2 : Click pada butang berkenaan.
Step 3 : On kan beberapa button seperti di bawah untuk elakkan dibawa ke jalan-jalan tidak berturap, berbelit-belit mahu pun jalan melalui sungai.
“Ujian banjir tahun ni. Semoga yang terkesan dengan banjir dipermudahkan semuanya” Begitulah kapsyen video yang dikongsikan di Tiktok @mai.far yang mengundang hiba warganet.
Meskipun bahaya, pengawal keselamatan Ibni Dauda Arifin sanggup meredah banjir bagi menyelamatkan bapa mentuanya, Ramli Awang Kechik yang lumpuh seluruh badan akibat diserang strok hemorrhagic iaitu pendarahan dalam kepala.
Kesungguhan Ibni Dauda, 44, dapat dilihat menerusi video dimuat naik video salah seorang ahli keluarga di TikTok.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dalam rakaman video itu, Ibni Dauda dilihat bersungguh-sungguh menarik bapa mentuanya berusia 64 tahun yang baring di atas kayu di alas dengan kain walaupun air sudah berada pada paras dada.
Ambil Tanggungjawab Selamatkan
Memetik berita Harian Metro, Ibni Dauda berkata, dia menyelamatkan bapa mentuanya semalam sebelum masuk waktu Zuhur.
Bapa empat anak itu berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu anak, Mohd Izzat Iskandar, 16, dan adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36.
“Saya dan ayah tidak tinggal bersama. Ayah di Kampung Alor Wan Syed manakala saya tinggal berdekatan iaitu di Kampung Pengkalan Berangan dengan jarak dua kilometer (km).
“Oleh kerana ayah terlantar sakit jadi saya ambil tanggungjawab bantu bapa mentua memandangkan ramai anaknya tinggal berjauhan dengannya.
“Mencabar juga sebenarnya kerana paras air tinggi namun mujur anak dan adik ipar bantu saya untuk alihkan ayah daripada rumah ke tebing sebelum dibantu orang kampung untuk ke pusat pemindahan,” katanya.
Ibni Dauda berkata, apa dilakukannya hanya untuk jalankan tanggungjawab sebagai menantu.
“Ikutkan, ia bukan kali pertama saya bantu ayah ketika banjir malah pernah juga sebelum ini.
“Ia kerana kawasan rumah ayah memang sering dilanda banjir cuma kali ini paling buruk dalam sejarah,” katanya.
Sementara itu, adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36, berkata, bapanya diserang strok sejak 15 Mac tahun lalu.
Mohd Saudi berkata, sejak itu, bapanya terlantar malah tidak boleh duduk mahupun bangun kerana lumpuh.
“Memandangkan air naik tinggi jadi saya, abang ipar dan anak saudara sepakat alihkan ayah ke tempat selamat.
“Kami ambil masa 20 minit juga untuk alihkan ayah dari rumah ke tebing kerana terpaksa bergerak perlahan berikutan air tinggi,” katanya yang juga anak kedua daripada sembilan beradik.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.