Isteri heret suami ke mahkamah sebab terlampau lebihkan kucing. Dek kerana sikap suami yang terlampau melebihkan kucingnya, seorang wanita hilang sabar dan bertindak mengheret suaminya ke mahkamah.
Bagaimanapun, tindakan itu dimarahi hakim di Bengaluru kerana memfailkan aduan remeh terhadap suaminya hanya kerana seekor haiwan peliharaan.
Hakim M. Nagaprasanna yang mengambil kes ini berkata, tiada dakwaan khusus mengenai kekejaman dalam rumah tangga pasangan tersebut.
“Isteri turut mengadu kucing mereka turut menyerangnya atau mencakarnya, tetapi suaminya tidak melakukan apa-apa.
“Sebenarnya aduan ini berdasarkan pertengkaran mengenai kucing peliharaan yang dipelihara suami.
“DAKWAANNYA IALAH SUAMI LEBIH MENJAGA KUCING BERBANDING ISTERI,”KATANYA SEMASA MENDENGAR PETISYEN JARANG BERLAKU DI MAHKAMAH SELURUH INDIA.
Selepas mendengar petisyen itu, mahkamah memutuskan menghentikan siasatan lanjut terhadap suami dan memarahi wanita itu atas aduan remehnya itu.
“Ia adalah kes remeh yang telah mengganggu sistem keadilan jenayah hari ini dan jika penyiasatan dibenarkan dalam kes ini, ia akan menambah satu lagi kes kepada sistem keadilan yang sudah pun padat,” kata mahkamah.
Sumber: Agensi via Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Kucing Putih Jadi Teman Norhamimah Lawat Kubur Suami, Waktu Saya Baca Doa, Uteh Pasti Duduk Di Tepi
Cipta Sejarah, Kucing Jalanan Malaysia Kini Bergelar Juara Dunia 2024
Angkut 100 Ekor Kucing Kesayangan Berpindah Sewa Lori, Owner Dipuji Wargamaya!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my