Isteri Hebat Kerana Suami Yang Hebat. Beginilah Cara Pasangan Nak Buat Rumahtangga Bahagia

Share

Nak bina rumah tangga bahagia bukan senang. Malah rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit, manis, masam dan masin. Cuma yang membezakan suatu rumahtangga adalah pasangan itu. Jika suaminya seorang yang hebat tentu pasanga hidupnya juga seorang yang hebat.

Sebagaimana yang dikongsi oleh doktor ini Hana Hadzrami  mengenai seseoang yang hebat tentu memiiliki pasangan yang hebat.

Saya kalau nampak kawan-kawan yang hebat; yang jadi speaker di konferens antarabangsa, yang jadi sukarelawan di tempat dilanda malapetaka, yang mendaki Everest atau menyelam di Pasifik, yang mudah saja lulus postgraduate exam sekali duduk; saya tak hairan sangat pada mereka.

Tapi saya kaguuuum sangat dengan pasangan hidup mereka. Mereka pasti superman atau superwoman yang menguruskan anak-anak dan rumahtangga di belakang tabir tunggang-terbalik berseorangan.

Orang yang hebat itu nampak hebat kerana ada individu yang lebih hebat mendorong mereka dalam diam. Mereka takkan mampu nampak hebat jika kehidupan dan rumahtangga mereka berantakan tanpa diurus.

Gambar hiasan

Seperti saya dulu. Ada yang bertanya bagaimana saya yang asyik mengandung bersalin berderet-deret sewaktu bekerja sambil ambil master boleh lulus sekali duduk tanpa deferral.

Bukan saya yang hebat. Tapi suami dan ibubapa saya yang hebat.

Suami saya siap ambil cuti 2 minggu setiap kali sebelum exam besar saya. Supaya saya tak perlu fikirkan pasal rumah atau uruskan anak sepanjang tempoh tersebut dan tumpukan perhatian pada peperiksaan sahaja.

Jadi saya pun kena kerja keras juga. Tak sanggup saya lihat suami dan anak-anak berkorban berulang kali. Terpaksa pass exam walau apa cara sekali pun.

Saya selalu berkata; ibubapa berikan saya akar yang teguh. Tetapi suami berikan sayap untuk saya terbang tinggi.

Saya pasti dalam setiap pekerjaan saya, suami dan ibubapa saya akan mendapat pahala yang sama juga. Barangkali lebih lagi.

Tanpa mereka, tiadalah saya.

Hana Hadzrami
Bersyukurlah jika disokong oleh mereka yang berjiwa besar.