Isteri Hargai Suami Bukan Kerana Kacak, Kaya Atau Tersangat Rajin Tetapi Rasa Cinta Dan Sayang Tanpa Sempadan. Deep!

Share

Rumahtangga yang bahagia tentunya  memberikan kekuatan kepada suami. Menerima suami seadanya tanpa rungutan.

Ikuti perkongsian saudara Hafizul Hakim mengenai sikap seorang isteri yang melengkapi pasangannya. Sungguh inspirasi!

Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain. Sayangilah bidadari kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain.

Asbab dia, kita dapat zuriat yang lahir dari rahimnya. Melalui isteri, aib kita orang lain takkan tahu. Kerana isteri, kita jadi yakin dan kuat dalam apa kita kerjakan.

Syukur sebab dia terima kita seadanya. Dia sayang kita bukan kerana kita terlalu kacak, tersangat kaya atau tersangatlah rajin.

Tapi kerana cinta dan sayang. Membebel pun salah satu ciri orang penyayang tau.

Cintai mereka, kasihi dia. Andai kita jatuh, isteri yang akan bangkitkan kita semula. Jika temu jalan buntu, dia akan bagi buah cadangan dan sokongan.

Saya disini seronok tengok ‘couple’ yang lebih senior berpimpin tangan, ke sana ke mari berdua, makan sama-sama dengan senyuman dan tawa. Ada isteri, tolak suami di kerusi roda. Ada pula suami, menolak kerusi roda untuk isterinya. Dalam keadaan begitu pun mereka tak bermasam muka. Siap boleh gurau-gurau lagi. Allahu, indahnya.

Kawan-kawan,

Moga-moga rumahtangga kita semua penuh dengan rahmah, kasih sayang dan beroleh keberkatan. Itulah ‘relationship goal’ sebenar sebagai pasangan hidup.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Begitulah.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk membina keluarga jannah.