Inspirasi

Isteri Fizo Omar Kini Pensyarah TESL, Bakal Sambung Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana

Share

Fazeera Nazri, isteri kepada Fizo Omar, kini bergelar pensyarah TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) di sebuah universiti swasta. Berita ini dikongsikan sendiri olehnya menerusi Instagram, hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Faz meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Menurut Faz, pada mulanya dia tidak pernah merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda memandangkan sudah memiliki kerjaya tetap ketika itu.

“Faz sambung degree agak lewat at the age of 25, oleh kerana dulu umur 20 dah melakar kenangan di awan biru. Namun, covid 19 telah melanda seluruh dunia sehingga ramai yang terkesan termasuk saya.”

“Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai, alpa, dengan gaji 5 angka, breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat. Mana tak lupanya, nak shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 July 2020.”

Dalam pada itu, Faz meluahkan rasa syukur setelah segala ujian dan rintangan yang dilalui olehnya sepanjang tempoh pembelajarannya.

Malah, dia kini sudah bergelar seorang pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta dan bakal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana pada tahun hadapan.

“Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan InshaaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Masters Degree.

“Kalau lah Faz tahu 4 tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan syukur dan hadapinya dengan tenang,”luahnya.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya melahirkan rasa teruja melihat semangat yang dipaparkan oleh isteri Fizo. Biarpun sudah bergelar isteri dan ibu, Faz tetap meneruskan impiannya. Ada yang mengucapkan tahniah dan kagum melihat semangatnya menjadi inspirasi semua.

 

Sumber:ffezyranesry