Isteri Demam Teruk Achey Bagi Penawar Paling Sweet Pada Isteri

Share

Bagi kaum isteri yan demam, bukan makan ubat semata untuk kembali sembuh. Apa yang diharapkan kepada suami tersayang adalah mengambil berat atau paling sweet menghiburkan hati isteri.  Begitulah yang dilakukan oleh pelawakAchey Bocey kepada isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya. Sweet sangat!

Menerusi Instagram, Achey memuat naik video yang memaparkan gelagat lucunya bagi menghiburkan isterinya yang sedang demam. Telatah Achey mendapat komen dari netizen yang berpendapat gelagat Achey kongsikan video itu kepada umum dikatakan sangat menghiburkan dan melucukan. Memang betulah pasangan ni happy go lucky!

Antara kata-kata netizen ialah “pasangan loving couple + gila2 + selamber jer + funny”, “Aku tengah sedih pun gelak tengok video ni” , “Aku tengah sedih pun gelak tengok video ni , thank you sebab hiburkan” dan “hahahhahaha,terhibur aku tgok. sporthing btoi laki bini ni”

Bestnya kan suami lucu macam ni. Memang demam terus jadi baik. Selain hiburkan isteri ketika demam, berikut tip bagaimana nak happykan isteri ketika demam. Jom kita hadam jap. Encik Suami sila baca ye

4 TIP SUAMI KENA BUAT BILA ISTERI DEMAM

1.Urut  isteri

Sentuhan kepada isteri akan memberikan aura postifnya. Gunakanlah masa ini untuk mengurut pasangan anda. Perhatian daripada suami ini akan membuatkan isteri rasa dirintya dihargai dan disayangi suami walaupun semasa dirinya sakit.

  1. Membantu hal kerja rumah

Mengemas rumah, memasak, memandikan anak, membasuh pinggan adalah antara perkara yang anda boleh buat ketika isteri demam.  Biarlah isteri rehat.

  1. Bersembanglah dengan isteri

Ketika duduk di sebelahnya, bersembanglah dengan isteri. Banyakkan berbual tentang topik yang menarik dengannya.

  1. Selalu mendoakan isteri

Dalam setiap tadahan doa anda selepas solat, jangan lupa untuk diselitkan nama isteri. Titipkan buatnya doa yang indah-indah termasuk doakan diberikan kesihatan yang baik untuk isteri.  Mintalah pada Tuhan semoga isteri anda akan terus menjadi penyejuk mata, penenang hati, dan penguat iman anda.

Sumber: Istagram acheykintangkintung