Isteri Dato Aliff Syukri Sedih Tengok Suami Tidur, Rupanya Ini Sebabnya.

Share

Kesejahteraan sesebuah keluarga itu bermula daripada suami isteri itu sendiri. Kaya atau miskin tetap punya cara tersendiri untuk menghargai pasangan.

Begitu juga Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Muat naik video di Instagramnya yang memaparkan suaminya terlena di kerusi rehat. Hatinya sebak melihat raut wajah kepenatan suaminya yang bekerja keras untuk keluarga.

Dengan kapsyen ringkas tapi deep.

Bila tgk @aliffsyukriterlajaklaris sedih pula…penat sangat kerja siang malam kerja demi mencari rezeki buat kami sekeluarga❤️.

Bila tengok tengah tidur kesian sayu…tapi bila dia buka mulut je terus.

Pastinya para isteri sebegitu, wajah suami yang kepenatan itu menyebabkan hati sayu melihat kesungguhan suami untuk membahagiakan keluarga.

Turut memuatkan kata-kata ini ‘sweet’ buat suaminya dalam video berkenaan.

” Saat kau sudah menjadi isteri, sesekali pandanglah wajah suamimu ketika ia terlelap.

“Itulah orang yang tiada hubungan darah dengan mu namun tetap terus berusaha mencintaimu.

“Itulah tangan yang bekerja keras mencari rezeki untuk menafkahi dirimu dan anak anakmu.”

 

Meninjau komen netizen turut meluahkan perkara yang sama dan mendoakan pasangan itu.

“Cium tangan suami, macam banyak buat dosa.”

 

Sumber: shahidadherbs

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara