Isteri kepada penyanyi Cat Farish, Suriani Hassan memberitahu sehingga ke hari ini dia masih tertanya-tanya kenapa bekas suaminya itu melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab pada 13 Disember lalu walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan. Saya terkejut apabila dia melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.

“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu untuk mahkamah menentukan berapa jumlah talak yang dilafazkan Cat.

“Sebelum ini saya cuba menghubungi Cat sebanyak tiga kali bagi menyelesaikan perkara ini, tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Jadi saya anggap dia memang berniat untuk ceraikan saya dan berharap kes ini akan selesai segera,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Suriani, dia reda dengan segala ketentuan yang berlaku dan memohon Cat memberikan kerjasama baik untuk perbicaraan kes perceraian mereka yang bakal berlangsung pada 16 Januari ini.

“Apapun keputusan yang bakal ditentukan nanti saya reda dan anggap kami tiada jodoh. Tipulah kalau saya masih tak sayangkan perkahwinan ini kerana usia pernikahan kami masih baru.

“Malah sepanjang dua tahun berkahwin saya pernah hamil sebanyak dua kali, tapi tiada rezeki apabila saya mengalami keguguran pada tahun lalu,” katanya.

Ads

Isteri Dakwa Kena Lafaz Cerai 3 Kali. Tak Nak Keruhkan Keadaan, Cat Farish Biar Mahkamah Tentukan

Sementara itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli dihubungi berkata mereka sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Tak ada apa yang boleh diceritakan lagi. Apa yang berlaku semua ini, membabitkan saya dan isteri. Keluarga pun tak tahu. Tak pasti juga macam mana orang luar boleh hidu. Itu yang tak syok.

Ads

“Kalau saya jawab, isu ini berpanjangan pula. Lagi pula sekarang ini kami mengambil pendekatan untuk berdiam diri dulu. Ditambah pula masing-masing sibuk dengan kerja. Saya juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Mengenai dakwaan isterinya yang dia sudah diceraikan dengan tiga kali lafaz, sekali lagi Cat enggan mengulas lanjut.

“Soal lafaz itu sah atau tidak biar mahkamah tentukan. Sebenarnya perkara ini lah yang paling ditakuti dan tak nak berlaku.

“Siapa yang berkahwin nak cerai kan? Apa pun yang terjadi, saya mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Ads

Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020 namun pasangan itu tidak dikurniakan anak.

Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar,11

Sumber : Harian Metro

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI