Isteri Dah Macam Bibik, Bila Suami Buat Tak Tahu, Anak Pun Ikut Sekali! Moga Jadi Iktibar.

Share

Bahagia itu bukan sekadar wang ringgit semata, tetapi hubungan yang baik dan layanan yang manis antara pasangan.

Bagi suami, jangan meletakan beban menguruskan rumahtangga sepenuhnya kepada isteri. Sebaliknya ringan tulang dan tidak berkira dalam membantu isteri. Cara sebegini menjadi teladan kepada anakm-anak. Hingga isteri bagaikan ‘bibik’ di rumah sendiri.

Begitulah yang dikongsi oleh saudara Mohd Fhais yang meluahkan sikap segelintir suami yang membiarkan isteri seorang diri menguruskan rumahtangga.

Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa

Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.

Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.

Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!

Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.

Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.

TIDAK DIDIK ANAK, MAK DAH MACAM BIBIK

Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.

Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.

Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.

Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!

Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.

Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.

Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.

Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.

Wallahu A’lam,

Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.

Sumber: Mohd Fhais