Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang wanita yang bergelar isteri adalah mengikut acuan suaminya.
Bak kata perumpamaan, isteri adalah cerminan suami. Bagaimana baik didikan sang suami, itu yang akan ditonjolkan oleh si isteri. Begitu juga sebaliknya.
Kerana itu, menjadi tanggung jawab suami untuk memberikan ilmu agama yang cukup buat isteri dan anak-anak. Bukan sekadar menyediakan nafkah zahir batin dan juga membantu urusan rumah tangga dan sebagainya.
Perkongsian dari aktor terkenal Mustapha Kamal ini wajar dijadikan panduan buat pasangan suami isteri dalam melayari alam rumah tangga. Ringkas namun cukup padat dan bermakna bagi kita semua.
Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya.
Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .
” Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
In sha Allah .
Kredit: FB Mustapha Kamal