Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan, media sosial menjadi salah satu medium untuk rakyat Malaysia melakukan aktiviti di rumah.
Antara perkongsian yang mendapat carian yang tinggi adalah berkaitan resipi masakan. Lebih menarik apabila kewujudkan group facebook memasak iaitu ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ iaitu diawal penubuhannya dalam masa seminggu mencapai 500,000 ahli dan kini keahliannya 1.8 juta!
Terbaharu, group ‘Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI), penubuhannya pada 16 April lalu, kini pula telah mendapat perhatian. Berbeza dari group masakan lain, keahlian hanya untuk kaum lelaki sahaja. Jadi jika mak-mak nak tengok kena guna telefon suami. Apa yang pasti, group ini adalah bukti bahawa kaum adam sebenarnya bukan kaleng-kaleng ketika di dapur. Antara perkongsian termasuk, petua memasak, seni hiasan menu, resipi yang simple dan pelbagai lagi selain gelagat yang mencuit hati.
KEK GUNA KIRAAN SUKATAN 3.2.1.1
Salah satu perkongsian menarik seorang suami adalah cara membuat kek marjerin dengan mudah hanya menggunakan kod sukatan cawan 3.2.1.1 menerusi facebook, Addy Midon
menerusi SMAHI.IKUTI PERKONGSIANNYA.
“Assalammualaikum semua…
Saya baru disini
SUAMI MASAK APA HARI INI ?
kek kg je
Isteri cakap saya buat….
sukatan cawan 3.2.1.1
3 biji telur
2 cawan tepung kek
1 cawan gula
1 cawan marjerin
Satu tudung Essen vanilla
Marjerin Dan gula di mixer bersama sampai kembang
Masukkan telur sebiji Demi sebiji Dan mixer sampai kembang Dan akhir masukkan tepung Dan adunkan semua sekali …mixer sampai gebu
Selamat mencuba abam2 semua…jd share sini x jd share kt masak apa x jadi mcm PM ckp.”
Antara lain perkongsian di group berkenaan.
GELAGAT
KREATIVITI
PETUA
Apa yang nyata, group baru ini antara normal baharu baharu di Facebook. Semoga group ini menjadi dorongan para suami yang belum pandai memasak lagi, untuk belajar memasak. Barulah isteri boleh ‘cuti’ masak sekali-sekala bila suami turun ke dapur.
Sumber: Suami Masak Apa Hari Ini