Isteri Bukan Remote Control. Usah Bebankan Dirinya.Terimalah Seadanya.

Share

Setiap pasangan inginkan memberikan yang terbaik dalam perkahwinan. Namun ini tidak bermakna sehingga membebankannya.

Sebagaimana perkongsian ini yang beranggapan tidak tidak perlu memaksa isteri untuk menjadi terbaik sehingga seakan menjadi remote control dalam rumahtangga.

__________________________________

Sepanjang perkahwinan tidak sekelumit dalam hati saya untuk jadikan isteri sebagai remote control. Order saja semua kita dapat. Arahkan saja semua dia buat. Dan tidak sekelumit dalam hati pun untuk mengharapkan beliau melayan saya bak Raja.

Yang perlu saya lihat adalah diri saya. Bagaimana adab saya melayan isteri,bagaimana akhlak saya berhadapan dengan isteri. Bagaimana saya nak didik dan bimbing isteri sama sama faham agama.

Saya tidak mahu fikiran isteri terbeban setiap masa memikirkan untuk memuaskan hati saya,mengembirakan saya,mahu buat itu ini untuk saya. Tidak begitu.

Saya benar yakin. Jika kita baik akhlak terhadap isteri,berganda ganda akhlak isteri baik terhadap kita. Tak perlu suruh pun,akhlak itu sendiri akan bawa seseorang untuk melakukan kebaikan.

Saya tidak merasakan satu adab yang tinggi jika biarkan isteri masak,isteri saya hidangkan,isteri dahulukan saya makan sampai kenyang,barulah isteri makan kemudian. Apatalah lagi biarkan isteri menguruskan segala hal dalam rumah. Dengan alasan mahu beradab dengan suami. Tidak untuk saya.

Sedangkan suami tidak melakukan apa apa,santai santai dirumah waktu lapang. Akhirnya dalam tidak sedar kita sedang mendidik suami untuk dijadikan itu satu perkara yang normal. Dan perlu dingatkan,anak anak lelaki kita sedang memerhati dan itu akan dijadikan contoh untuk mereka masa akan datang.

Tapi saya tidak menolak atau mempersoalkan jika ada yang melayan suami mereka begitu,itu hak mereka. Sekali pun jika isteri nak suapkan nasi ke mulut suami,mandikan suami,sarungkan stokin ke kaki suami. Saya tak pertikaikan,sebab itu hak dia,dia rasa bahagia begitu dan dia rasa itu adab melayan suami. Namun kita tidak boleh pukul rata,tidak boleh mempertikaikan cara adab dan adat orang lain.

Dan kita perlu ingat. Tidak jatuh biadab jika isteri basuh baju suami bercampur dengan pakaian anak anak. Tidak jatuh biadab jika isteri minta tolong suami basuhkan baju,jemurkan dan angkat kain diatas jemuran. Tidak jatuh biadab jika isteri minta suami mop lantai,masakkan menu kegemaran dia. Itulah kehidupan,itulah keharmonian,itulah yang dikatakan mahu mengecapi kemanisan rumahtangga.

Jagalah adab. Kerana adab ini terbentuk dari akhlak yang mulia bukan dibuat buat.

Kredit: Muhammad Hassan