“Isteri Buat Kek Lapis Sebab dia berbakat & rajin.” Atu Zero Akui Tak Malu Malah Bangga Usaha Isteri Tambah Pendapatan Keluarga.

Share

Dapat membantu suami menambahkan pendapatan keluarga antara faktor kenapa wanita masa kini ramai yang memilih untuk bekerja.

Tidak kiralah apa jua pekerjaan, baik yang di pejabat mahupun bekerja sendiri. Janji dapat rezeki halal dan dapat meringankan beban suami.

Bagi pelawak dari Kumpulan Zero iaitu Atu, dia bangga dengan hasrat isterinya menjual kek lapis demi menambahkan pendapatan mereka sekeluarga.

Biarpun dia merupakan orang yang dikenali ramai, namun Atu sama sekali tidak malu dengan usaha isterinya itu. Bahkan sebagai suami dia bangga dan terharu kerana isterinya sanggup berpenat demi membantunya.

“Untuk pengetahuan mereka-mereka yang suka ‘membawang’ tu, isteri saya buat kek lapis sebab dia berbakat dan rajin.

“Sudah minat dia ke arah itu, saya tidak akan menghalang. Lagipun dia bukan buat perkara tidak berfaedah, selain mengisi masa lapang dapat juga tambah duit poket sendiri,” katanya lagi.

Tambah Atu, selain Kek Lapis Ozon, isterinya turut mempunya label pakaian kanak-kanak sendiri, iaitu Kids by Akueatu.

“Isteri saya ada kelulusan dalam bidang rekaan fesyen dan idea untuk mengeluarkan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak mula timbul selepas melahirkan puteri sulung kami, Dayang Sumayyah.

“Baju-baju Kids by Akueatu, isteri ‘design’ dan jahit sendiri.

“Cuma sekarang ini isteri sedang hamil anak kedua, saya nampak dia lebih fokus kepada perniagaan Kek Lapis Ozon, mungkin kerana tidak larat,” katanya.

Sumber: Astro Gempak