
Dapat membantu suami menambahkan pendapatan keluarga antara faktor kenapa wanita masa kini ramai yang memilih untuk bekerja.
Tidak kiralah apa jua pekerjaan, baik yang di pejabat mahupun bekerja sendiri. Janji dapat rezeki halal dan dapat meringankan beban suami.
Bagi pelawak dari Kumpulan Zero iaitu Atu, dia bangga dengan hasrat isterinya menjual kek lapis demi menambahkan pendapatan mereka sekeluarga.
Biarpun dia merupakan orang yang dikenali ramai, namun Atu sama sekali tidak malu dengan usaha isterinya itu. Bahkan sebagai suami dia bangga dan terharu kerana isterinya sanggup berpenat demi membantunya.
“Untuk pengetahuan mereka-mereka yang suka ‘membawang’ tu, isteri saya buat kek lapis sebab dia berbakat dan rajin.
“Sudah minat dia ke arah itu, saya tidak akan menghalang. Lagipun dia bukan buat perkara tidak berfaedah, selain mengisi masa lapang dapat juga tambah duit poket sendiri,” katanya lagi.
Tambah Atu, selain Kek Lapis Ozon, isterinya turut mempunya label pakaian kanak-kanak sendiri, iaitu Kids by Akueatu.
“Isteri saya ada kelulusan dalam bidang rekaan fesyen dan idea untuk mengeluarkan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak mula timbul selepas melahirkan puteri sulung kami, Dayang Sumayyah.
“Baju-baju Kids by Akueatu, isteri ‘design’ dan jahit sendiri.
“Cuma sekarang ini isteri sedang hamil anak kedua, saya nampak dia lebih fokus kepada perniagaan Kek Lapis Ozon, mungkin kerana tidak larat,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
Nak Anak Rajin Belajar Kena Tahu Sebab Mereka Malas. Baca Dan Hadam Info Ini.

Bermacam luahan yang diterima daripada ibu bapa tentang masalah anak yang malas belajar. Masalah ini terjadi bukan sahaja kepada anak yang bersekolah rendah, tetapi juga yang sudah pun memasuki persekolahan menengah. Ibu bapa yang melalui situasi begini tentunya sering jadi stress, bukan?
Antara punca anak malas belajar ialah:
- Sebelah pihak sahaja yang mengambil berat tentang aktiviti seharian anak. Jika si ibu suka berleter di rumah tentang rekod pencapaian akademik anak, si bapa pula sibuk lepak dengan kawan-kawannya di kedai kopi.
- Jangan lakukan perbandingan tahap pencapaian akademik anak dengan adik-beradiknya yang lain. Hal ini akan menyebabkan anak semakin lama semakin malas untuk mengubah tahap prestasi dirinya dan mungkin juga akan benci untuk belajar lagi.
- Jangan benarkan anak bermain dan menonton televisyen dalam tempoh yang lama, termasuk menggunakan komputer riba atau telefon bimbit.
- Cepat marah dan melenting apabila anak melakukan kesilapan. Jika ini sering berlaku ketika ibu bapa sedang mengajar anak tentang sesuatu topik pembelajaran, anak tentunya tidak akan dapat fokus dan hanya akan rasa takut sepanjang belajar.
- Teragak-agak membelikan anak buku yang disukainya di kedai buku, sedangkan si ibu tidak kisah membeli banyak novel cinta kesukaannya.
- Sering memberi ugutan dan membuat hukuman untuk merotan anak setiap kali anak melakukan kesalahan dalam membuat latihan akademiknya.
- Anak mungkin tidak minat akademik, tetapi cenderung kepada sukan atau kemahiran tertentu.
- Kerja sekolah yang diterima anak terlalu banyak dan ibu bapa pula sering mengelak memberi alasan untuk tidak membantu anak menyiapkan kerja sekolahnya.
- Anak mungkin mengalami masalah penglihatan atau pendengaran.
Antara cara atasi masalah anak malas belajar ialah:
- Luangkan masa dengan anak ketika anak sedang membaca buku. Jangan melakukan kerja lain, sebaliknya membacalah sesuatu pada masa yang sama.
- Sentiasa bersabar ketika mengajar anak. Jangan mudah melenting setiap kali anak melakukan sebarang kesilapan. Jangan maki anak atas kelemahannya dalam sesuatu subjek.
- Cipta suasana belajar yang menyeronokkan. Jangan mengajar anak dengan memberi ugutan untuk menimbulkan ketakutan kepada anak supaya anak belajar.
- Lindungi anak daripada sesuatu yang boleh menyebabkan fokusnya terganggu. Sebagai contohnya, jika si anak seorang yang fanatik game, jauhkan gajet daripada tangan anak dan hanya memberikan peluang untuknya bermain game selepas tamat waktu belajar.
- Rewardanak berdasarkan tahap pencapaiannya. Jika anak pertama mendapat markah tertinggi dan anak kedua mendapat markah rendah, reward anak pertama mungkin lebih. Jelaskan kepada anak kedua sebabnya dan nasihat anak itu untuk berusaha lagi pada masa akan datang. Ini lebih baik daripada ibu bapa membuat perbandingan tahap pencapaian akademik anak dengan adik-beradiknya yang lain.
- Jangan remehkan kelebihan anak. Berikan sokongan dan bantu anak dengan memberikan tunjuk ajar walaupun sedikit. Reaksi positif daripada ibu bapa tentunya akan menjadikan anak lebih bersemangat untuk belajar.
- Jangan mengambil-alih menyiapkan kerja sekolah anak, walaupun banyak. Kasih sayang yang ditunjukkan harus berpada-pada. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah duduk bersama dan memberikan tunjuk ajar sahaja ketika anak menyiapkan kerja sekolahnya.
- Perkenalkan anak tentang individu-individu yang telah berjaya yang boleh menjadi contoh ikutannya. Ibu bapa perlu bijak dalam memilih contoh ikutan yang seterusnya boleh menjadi idola anak sebagai perangsang untuk anak mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Sumber: cmnacademy.com
Jangan Panik Sijil Lahir Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online!

Cemas dibuatnya bila sijil kelahiran anak hilang dalam simpanan. Apa nak buat? Mak ayah jangan cemas kerana boleh memohon semula sijil kelahiran secara online sahaja. Mudah!
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online. Ini panduan untuk anda.
Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN
Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen penting ini hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:
* Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
* Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
* Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
* Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
* Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
* Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
* Firma Guaman;
* Badan Berkanun;
* Agensi kerajaan.
Cara mendaftar:
1. Layari portal JPN
2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan
6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
7. Setelah selesai pendaftaran, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
8. Klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
9. Selepas mengklik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.
Log masuk ke akaun
Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.
1. Di halaman log masuk, masukkan nombor MyKad (dewasa) atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama system
Proses permohonan
1. Pengguna mestilah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
4. Waris terdiri daripada golongan berikut:
– Ibu bapa
– Adik-bradik
– Pasangan
5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah Berjaya
7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
8. Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera
“Saya Lebih Protective Dari Scha…”– Awal Ashaari Akui Sukar Besarkan Anak-anak Perempuan!

Ibu bapa moden, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya wajar dicontohi terutamanya dalam memberi didikan kepada anak – anak.
Memetik laporan daripada #BabyXTRA, pasangan selebriti ini berkongsi perasaan dan pengalaman menjadi ibu bapa kepada dua puteri tersayang, Lara Alana dan Lila Amina.
Lara Alana, puteri sulung pasangan selebriti itu, manis seperti tuan badannya.
Menurut Awal, Lara merupakan seorang yang lembut hati terutamanya apabila adiknya, Lila Amina hadir memeriahkan lagi keluarga kecil mereka.
“Lara dia banyak beralah. Masa kecil dia selalu minta sesuatu dengan elok. Mungkin juga sebab Lara kami selalu expose dengan dunia luar sejak kecil, I must say dia very well – rounded juga.
“Lila pernah buat performance atas stage dia sangat takut dan akan nangis… tapi walaupun dia garang hati dia lembut. Orang kata memang baby pandemic betullah,” katanya.
Awal mengaku sukar untuk membesarkan anak – anak perempuan, sebagai bapa berusia 41 tahun, dia sering menitipkan pesan kepada anak – anaknya, terutama Lara.

“Lara dah nak masuk Sembilan tahun, saya nampak perbezaan dari kecil, membesar dan sekarang dia dah nak masuk ke umur remaja.
“Jauh di sudut hati saya risau sebab kita tak boleh nak pantau anak perempuan kita sampai bila – bila. Dia akan membesar, melalui apa yang kita pernah lalui dulu. Saya harap Lara membesar menjadi seorang anak bertanggungjawab, pandai jaga diri.
“Sebenarnya saya selalu pesan kat Lara, “you have to be confident, stand up for yourself, tahu value apa yang Lara ada supaya nanti tidak dibuli, tak ada orang ambil kesempatan atas Lara dan Lara tahu untuk mempertahankan diri sendiri,” ujarnya.

Mengakui tidak mudah untuk membesarkan anak – anak perempuan, namun Awal percaya sebagai ibu bapa mereka perlu seimbang dalam menjalani peranan masing – masing.
Kata Awal, dia seorang bapa yang protective, manakala Scha pula seorang ibu yang penyayang namun tegas.
“Saya lebih protective dari Scha. Jangan sentuh anak – anak saya, saya memang tak dapat tengok anak – anak saya ada masalah atau dalam bahaya.
“Scha seorang ibu yang sangat penyayang tapi tegas. Dia letak anak – anak nombor satu yang utama lebih dari diri dia sendiri. Maksudnya dia selalu fikir anak, biarlah dia tak dapat apa yang dia nak janji anak dia selesa. Itu antara good value tentang Scha,” katanya.
Untuk rekod, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Lara Alana dan Lila Amina.
Sumber: XTRA
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club