Isteri Buat Kejutan Tunjuk Kit Hamil, Suami Suruh Kuarantin! Rupanya Salah Faham Dengan Kit Ujian Kendiri Covid-19

Share

Zaman wabak sekarang ni, dah jadi kewajipan untuk kita buat stok kit ujian kendiri jenis air liur di rumah. Kalau rasa macam tak sihat, boleh terus guna.

Sebut pasal kit ujian kendiri, ada satu kit yang sama bentuk seperti itu, apa lagi kalau bukan alat penguji kehamilan.

Baru-baru ini, ada seorang isteri berkongsi kejutan yang dibuatnya terhadap suami tercinta, iaitu mereka bakal dikurniakan cahaya mata kedua selepas jarak 3 tahu dari anak sulung mereka.

Pada awalnya dia mahu membuat kejutan dengan memberi kit ujian kehamilan bertanda positif itu kepada suaminya, tetapi lain pula yang jadi!

Suaminya yang ketika itu sedang mengaji terkejut apabila isteri memberi kit keputusan positif dan cepat-cepat menyuruhnya terus kuarantin kerana menganggap itu kit ujian kendiri Covid-19.

Namun selepas dijelaskan bahawa itu adalah alat penguji kehamilan, suami Ogy terus menzahirkan rasa syukur kerana anak perempuan mereka bakal mendapat adik baharu.

@ogyishak Alhamdulillah. I’m positive finally in year 2022. After 3years gap 😎 #positive #prankhusband #2ndpregnancy🤰 ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Meneliti di ruangan komen, ada juga di kalangan netizen mengaku pernah keliru dengan kedua-dua kit tersebut.

Sumber : Tiktok ogyishak

Wahh pandainya adik-adik baca doa!

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!