Sikap lembut yang dimiliki oleh seorang isteri, ia adalah sebagai suatu cara menunjukkan kasih sayang kepada pasangan.
Namun, bila wanita hilang kelembutannya terhadap pasangan, ada sebab kuat untuk ianya terjadi.
Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin.
Wanita diciptakan dengan penuh kelembutan, tapi itu bukan jaminan yang dia akan terus ‘BERLEMBUT’ sampai bila-bila…
Ada perkara yang mereka boleh berlembut, ada yang tak…antara perkara yang mereka tak boleh berlembut ialah :
1. CURANG…
Ranking pertama di antara kesemua perkara dan total zero tolerate untuk kecurangan…tak ada wanita yang boleh terima dengan berlapang dada dan terbuka bila ianya melibatkan perbuatan curang…ada ja orang ketiga dalam hubungan dia yakni wanita lain, maka its a big NO untuk berlembut…sifat yang kita tak pernah tengok ada pada dia pun, tiba-tiba boleh ada kalau dia tahu pasangan dia curang…
2. MENIPU…
Kalau balik lambat sebab singgah melepak dengan kawan-kawan, dia boleh terima sebab berterus terang…kalau guna duit bonus untuk tukar rim kereta pun dia terima lagi sebab terus terang…asal jangan menipu…duit habis tak nampak benda, tak nampk apa-apa, bila tanya bagi alasan bukan-bukan, macam-macam end up dia tahu duit tu guna untuk berjudi, main MLM, beli topup game…kebenaran tu walaupun pahit dia tetap accept asal tak menipu…
3. TAK SEDAR DEK UNTUNG…
Maksudnya tak sedar diri…bila setiap bulan dibantu, bila setiap hutang dibayar, bila setiap beban diringankan, bila setiap kerja dibuat dan si lelaki makin selesa…sesenang jer dia tambah komitmen, sesenang jer dia tambah hutang, belanja mewah untuk diri sendiri, banyak masa untuk diri sendiri dan tak membantu langsung dalam kerja-kerja rumah…
4. AMBIK BAHAN TERLARANG…
Ketum, arak, dadah, syabu, pil kuda, gam cap senapang… fikiran sentiasa tak waras dan high…satu kerja pun tak boleh buat…tunjuk contoh yang tidak baik untuk masyarakat sekeliling terutamanya anak sendiri…ada wanita yang dengan sukarelanya melaporkan kepada pihak berkuasa bila pasangannya dah addicted kepada bahan terlarang…
5. ABAI NAFKAH, CULAS TANGGUNGJAWAB, LUPA KEWAJIPAN…
3 IN 1…Hak yang patut seorang wanita dapat, tapi dia tak dapat…Tugas yang sepatutnya seorang lelaki buat, tapi dia tak buat…walaupun dia diam, walaupun dia dah malas nak ungkit, cakap dan tegur, tapi ketahuilah yang dia tidak akan berlembut tentang soal yang wajib untuk dipenuhi dan ditunaikan oleh seorang lelaki yang bergelar suami sebab di akhirat, dia masih boleh tuntut…
Wanita ni makhluk yang penuh dengan kelembutan…banyak perkara yang mereka boleh berlembut…kadang-kadang ada jugak perkara yang melebihi batas kelembutan mereka, tapi mereka tetap kekal berlembut lagi sebab mereka makhluk yang suka memberi ruang dan peluang untuk orang yang mereka sayang…
Jika mereka dah keras, maka yang membuatkan mereka jadi begitu ialah diri kita sendiri…Renung-renungkan…
Sumber : Firdaus Shakirin