Apabila berkahwin pastinya setiap pasangan saling cintai dan sayangi antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga bahagia hingga mendapat zuriat.
Namun rumahtangga jadi sukar apabila suami isteri tiada lagi saling melengkapi antara satu sama lain.
Semua urusan rumahtangga diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada isteri. Semua dilakukan rutin setiap hari tanpa lelah. Namun tahun demi tahun, ia jadi ‘ barah’ buat isteri apabila hidup mula berubah. Tiada masa untuk ‘belai’ diri sendiri sebaliknya sibuk dengan menguruskan anak-anak, suami serta rumahtangga. Suami pula umpama ‘raja’ tanpa membantu.
Realitinya ia berlaku dalam masyarakat kita buat segelintir pasangan. Semoga perkongsian ini menjad iktibar. Buat isteri atau ibu, sayangilah diri anda, berbincanglah dengan suami.
Isteri tak ada masa untuk diri
Perasan tak. Isteri, bila dah kawin, bila dah ada anak, masa utk diri sendiri pun dah xde…
Dh tak sempat nk bergaya mcm bujang2 dlu…pakai dan tangkap muat apa yg sempat ja…mekap ala kadar, letak yg asas2 je dan diri pun dah tak brapa nk wangi dah mcm dulu2…
Sibuk nak siang ikan, sibuk nk memasak, sibuk nk buat keje rumah, sibuk nk mengemas, sibuk dgn anak2…japg suami balik rumah, sibuk nk layan suami plak…
Bila la nk ada masa utk diri sendiri…
Nak rehat, nak lapangkan fikiran, nak tenangkan perasaan, nak hilangkan tekanan…ingatkan bila anak2 dah tdo, suami dah tdo, bleh la nk buat smua tu tapi bila letak ja kepala, sedar2 dah pagi…
Bagi isteri rehat, pasti lebih bertenaga.
Cuba dlm seminggu tu, bagi isteri off memasak jap dlm 2 hari…tak kisah la hari apapun, tapi utk hari tu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap…lauk suami beli…utk sarapan, tghari dan mlm…
Suami plak dduk rumah, xkluar mana2…suami handle anak2, suami manage anak2 utk sehari…ambik 1 pakej spa utk isteri, 2 jam ke, 3 jam ke, suruh isteri p rehat dan relaks sana…
Sumber: Firdaus Shakirin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club