Isteri berjoget di media sosial, suami jangan rasa serba salah nak tegur. Seorang isteri seharusnya membantu suami agar tidak menjadi lelaki yang dayus. Ramai suami berasa serba salah untuk menegur, bimbang teguran itu mencetuskan pertengkaran, terutamanya pada musim perayaan. Akhirnya, perkara yang tidak elok itu dibiarkan berlarutan.

Isteri Berjoget Di Media Sosial, Suami Jangan Rasa Serba Salah Nak Tegur

Hakikatnya, apabila wanita menginginkan sesuatu, mereka seringkali hadir dengan hujah yang panjang dan kukuh, hingga sukar bagi suami untuk membantahnya. Semoga kita tidak menjadi isteri yang secara tidak sedar melemahkan sifat qawwam (kepimpinan dan kekuatan) dalam diri suami.

Fitrah seorang isteri ialah suka dibimbing dan dididik oleh suami, kerana daripada bimbingan itu, lahir rasa selamat, dihargai dan diberi perhatian.

Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Sanusi Azmi pensyarah, fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah

Isteri Berjoget Di Media Sosial, Suami Jangan Rasa Serba Salah Nak Tegur

Suami Menegur Isteri Yang Berjoget

1. Telah menjadi trend terkini ahli keluarga menari-nari lalu dimuat-naik di media sosial. Tambahan pula yang melakukannya itu adalah kaum wanita, lalu disaksikan oleh yang lelaki tanpa rasa malu.

2. Amat jelek sekali sekiranya suami sendiri reda si isteri melakukan tarian untuk dipamerkan pada khalayak. Rasulullah mendidik suami agar menegur isteri andai mereka melakukan kemungkaran.

Sabda Rasulullah:

Ads

فَمَا الدَّيُّوثُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الَّذِي يُيَسِّرُ لِأَهْلِهِ السُّوءَ

“Siapakah dia dayus itu? Maka Nabi ﷺ menjawab: (Lelaki) yang memudahkan buat ahli keluarganya melakukan kejahatan (maksiat).” (al-Baihaqi, al-Asma wa al-Sifat)

3. Begitu juga Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda.

Kata Rasulullah:

احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ

Ads

“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)

4. Bayangkan, dengan lelaki buta sekali pun, Rasulullah memerintahkan isteri Baginda memakai hijab dan menjaga penampilan, inikan pula dihadapan jutaan mata yang menonton di media sosial.

Isteri Berjoget Di Media Sosial, Suami Jangan Rasa Serba Salah Nak Tegur

5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan.

6. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran.

Ads

Sabda Rasulullah:

وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ

“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).

7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Semoga Allah membimbing kita.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi pensyarah, fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah

Baca artikel lain juga: Anak Bongsu Menyusul Pergi Sebulan Selepas Isteri Dan Anak Sulung Terkorban Kemalangan

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI