Kehilangan bayi buat selama-lamanya pasti meninggalkan trauma dan memori sedih kepada ibu yang mengalaminya.
Hampir setahun kehilangan anak sulung, penyanyi Azmi Saat mengakui isterinya, Nazirah Muhamad masih belum bersedia untuk hamil sekali lagi.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 35, sehingga kini isterinya masih bersedih selepas anak sulung mereka meninggal dunia pada September tahun lepas.
“Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak.
Ads
“Namun, pernah sekali pada awal tahun ini, saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.
“Tapi, isteri kata dia takut jika perkara sama terjadi. Jadi, buat masa ini memang kami tiada perancangan untuk melakukan sebarang rawatan, sebaliknya biar proses itu berlaku secara semula jadi,” menurut vokalis Caliph Buskers kepada Media Hiburan ketika ditemui dalam majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku baru-baru ini.
Isteri Semakin Sihat
Menurut Azmi lagi, setiap bulan dia dan isteri pasti akan menziarah kubur anak mereka yang terletak di Tanah Perkuburan AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
Dalam masa yang sama Azmi bersyukur kerana isterinya sudah semakin okey cuma ada masanya perasaan sedih akan datang tiba-tiba dan dia akan minta untuk ziarah kubur anak untuk lepaskan rindu.
Ads
“Saya reda dan syukur Alhamdulillah dapat juga pengalaman ada cahaya mata, dapat azankan bayi kami serta uruskan jenazah dia. Jadi, perasaan sedih saya tidaklah keterlaluan,” katanya.
Ads
Lagu Dedikasi Untuk Anak
Single terbaharunya ciptaan komposer terkenal Ajai dan lirik tulisan Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan karya yang didedikasikan buat Allahyarham anaknya.
“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang menggambarkan isi hati saya.”
Untuk rekod, anak Azmi yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September tahun lalu selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak. Bayi tersebut merupakan anak sulung pasangan ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Anak sulung pelakon popular, Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga tahun menuntut ilmu di Jepun.
Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur dengan berkongsi momen-momen semasa dia dan keluarga hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya.
Difahamkan Danish Anaqi berjaya memperoleh pra diploma di sebuah kolej di negara matahari terbit itu.
“SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Terima kasih Allah kerana melindungi anak saya untuk tiga tahun ini. Danish, Daddy sangat bangga, gembira dan bersyukur.
“Awak dah capai banyak perkara yang tidak pernah Daddy capai dan awak akan lebih berjaya lagi selepas ini. Awak lalui semua halangan, ujian dan kesusahan dan telah memberi inspirasi kepada orang lain.” tulisnya di bahagian kapsyen.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesan buat anak lelaki tunggalnya itu supaya mengimbangi antara kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
“Apa yang Daddy minta daripada awak adalah untuk berjaya di akhirat juga dan itu akan menggembirakan Daddy lebih dari segala-gala yang ada di dunia ini.
“Menjadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi Allah dan ikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW.” tambahnya.
Berdepan dengan masalah hook kain tercabut memang perkara biasa berlaku. Sama ada kain anak-anak atau kain kita sendiri, memang bila-bila masa boleh berlaku.
Apatah lagi jika ukuran pinggang berubah saiz pasti membuatkan kita ingin mengalihkan hook pada ukuran yang lebih memberi rasa selesa.
Jadi nak tak nak, hook tersebut perlulah dijahit semula. Nak pastikan jahitan terlihat kemas, boleh ikut cara yang dikongsikan ini.
Masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila kanak-kanak lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi. Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam. Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak.
Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress apabila terpaksa menunggu melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2. Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
5. Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
6. Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...