Menyedari berat badan kian bertambah selepas raya, Shuk yang merupakan pelawak dan pengacara cuba untuk mengawal pemakanan dalam misi untuk kurus.
Hasil bantuan isterinya, Rosalena Natasha Assyaferah, Shuk berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 7 kilogram (kg) selepas seminggu mengawal cara pemakanannya.
“Saya mula sedar berat badan naik selepas raya tapi tak sangka pula sehingga mencecah 102 kg. Disebabkan perkara itu saya nekad mulakan diet.
“Alhamdulillah berhasil dan dalam masa seminggu berat saya kini dah turun kepada 7 kg. sekarang berat saya tinggal 95 kg.
“Saya tak makan nasi, hanya makan makanan yang dibakar atau rebus. Yang penting saya akan pastikan minum air masak secukupnya.
“Isteri memang banyak membantu dan setiap hari isteri akan bekalkan dua botol air kosong sebanyak empat liter. Saya perlu habiskan dan kalau gagal dia akan denda saya,” kata Shuk yang bergandingan bersama Alvin Chong sebagai hos untuk program I Can See Your Voice Malaysia.
Selain Shuk dan Alvin, I Can See Your Voice Malaysia turut menampilkan Mark Adam, Jihan Muse, Seelan Paul sebagai penyiasat tetap.
Sumber: Gempak