
Menyedari berat badan kian bertambah selepas raya, Shuk yang merupakan pelawak dan pengacara cuba untuk mengawal pemakanan dalam misi untuk kurus.
Hasil bantuan isterinya, Rosalena Natasha Assyaferah, Shuk berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 7 kilogram (kg) selepas seminggu mengawal cara pemakanannya.
“Saya mula sedar berat badan naik selepas raya tapi tak sangka pula sehingga mencecah 102 kg. Disebabkan perkara itu saya nekad mulakan diet.
“Alhamdulillah berhasil dan dalam masa seminggu berat saya kini dah turun kepada 7 kg. sekarang berat saya tinggal 95 kg.
“Saya tak makan nasi, hanya makan makanan yang dibakar atau rebus. Yang penting saya akan pastikan minum air masak secukupnya.
“Isteri memang banyak membantu dan setiap hari isteri akan bekalkan dua botol air kosong sebanyak empat liter. Saya perlu habiskan dan kalau gagal dia akan denda saya,” kata Shuk yang bergandingan bersama Alvin Chong sebagai hos untuk program I Can See Your Voice Malaysia.
Selain Shuk dan Alvin, I Can See Your Voice Malaysia turut menampilkan Mark Adam, Jihan Muse, Seelan Paul sebagai penyiasat tetap.
Sumber: Gempak
“Berlari Dengan Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class”. Pecah Rekod Peribadi, Azreen Nabila, Pelari Berhijab Yang Simple, Low Profile & Cool!

Azreen Nabila Yang merupakan pelari pecut negara menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita pada Sukan Olimpik Tokyo di tempat ke-7.
Meskipun tidak berpeluang menjulang medal, namun kelibatnya mencuri tumpuan ramai.
Dalam satu perkongsian, penyanyi terkenal Yuna atau Yunali Zarai menzahirkan rasa bangga dan memuji kemampuan atlet ini untuk meletakkan namanya sebaris dengan atlet terbaik dunia. Justeru, dia tidak sabar untuk melihat atlet berumur 21 tahun itu mencipta kejayaan suatu hari kelak.
Dalam pada itu, seorang warga maya berkongsi mengenai pencapaian Azreen yang mungkin ramai tidak tahu.
Semalam aku dapat poster pasal athlete kita yang akan bersidang hari ni. Ternampak nama Azreen Nabila Alias untuk acara 100m perempuan.
Jujur aku tak berapa kenal dan follow. So aku buat research sikit.
1. Dia dari Trengganu dan ditemui masa SUKMA.
2. Masih belajar di UPM sekarang dan tengah final exam.
3. Pelari berhijab yang simple, low profile dan cool.
4. Dia ke Olympic dengan wild card. Aku yakin antara program pembangunan KOM atas bakat beliau.
5. Dia buat kejutan dengan kalahkan beberapa nama besar dalam kategori ini di Grand Prix Malaysia sebelum ini.
6. Budak lagi dan kurang pendedahan antarabangsa.
7. Dia adalah Olahragawati Sukma 2018 dan pernah bersama quartet 4×100 di SEA Games baru ni.
8. Timing terbaek dia 11.81s dan rekod 28 tahun kebangsaan adalah dari G.Shanti 11.50s yang di buat di SEA Games KL.
9. Dia di Jepun tanpa coach (M.Balamurugan) dan bersendirian. Pagi ni dalam qualifications round di Japan dia no 2 dengan timing 11.77s, PB.
Adakah Azreen mampu membuat lebih banyak kejutan?
Sekarang pon dia dah buat ramai terkejut.
Jalan terus Azreen!!!!
Sumber: FB Arman Arshad
“Selamat Datang Ke Dunia Alaia.” Kongsi Wajah Anak Selepas 7 Hari, Izara & Suami Pilih Nama Irisa Alaia!

Selepas seminggu selamat melahirkan bayi perempuannya, Izara Aishah dan suami akhirnya mendedahkan wajah dan nama bayi sulung pasangan ini. Izara Aishah dan suami, Adib Khalid sepakat menamakan anak perempuan sulung mereka dengan nama Irisa Alaia Muhammad Adib.
Berita tersebut dikongsikan oleh Adib sendiri di laman Instagramnya malam tadi. Irisa Alaia dilahirkan petang 15 April lalu di sebuah pusat perubatan dengan berat 2.9 kilogram.
“Sekarang kita sudah bertiga. Alhamdulillah puteri kami diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib dilahirkan 15 April 2020. Kehadirannya satu momen yang cukup indah buat kami.
“Terima kasih untuk setiap iringan doa dan sokongan. Kami harap dapat setiap orang secepat mungkin,” tulis Adib.
Malah Adib turut menitipkan doa yang baik buat puterinya itu.
“Selamat datang ke dunia Alaia. Hati saya cair saat mendengar mengenai kamu. Dan kini kamu bersama kami. Ibu kamu dan saya sangat gembira dan menyayangi kamu. Semoga kamu menjadi anak yang diberkati anda mampu membahagiakan orang lain.
“Semoga menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat. Amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu Adib memberitahu anaknya dilahirkan awal pada tarikh jangkaan dan dilahirkan secara normal.
“Sepatutnya jangkaan tarikh lahir anak sulung kami pada hujung bulan ini. Tapi Alhamdulillah kami menerima kebahagiaan ini lebih awal. Proses kelahiran juga lancar.
“Isteri saya dalam keadaan stabil. Malah kami bersyukur dan berterima kasih di atas doa dan ucapan tahniah yang dipanjangkan semua.
“Anak kami sihat. Alhamdulilah,”kata Adib kepada BH Online.
Adib berkata, fasa bergelar bapa sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata kata.
“Semua perasaan bercampur aduk.
Saya harap dapat menjadi bapa yang baik untuk anak kami. InsyaAllah,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zawiyah, ibu kepada Adib turut sama memuat naik gambar cucunya menerusi instagram.
Alhamdulillah..our 6th grandchild was born on April 15th 2020.Welcome to the world lil princess Irisa Alaia..know that you are love by us.Congratulations to the proud parents beloved Adib n Izara who’ve had such a cute lil princess.May AllahSWT grant you both happiness and love to your little family❤️❤️❤️ @adib_khalid @ia_madame #alhamdulillah #lovemygrandkids #3rdgrandaughter #lovemyfamily #blessedlife #lotsoflove
View this post on InstagramA post shared by teezac (@teezac) on
Sumber: teezac
Akui Baru Lepas Gugur, Zulin ‘Sekolahkan’ Makcik Bawang-“Elak Tanya Soalan Berbaur Sensitif”

Jodoh, zuriat, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Siapalah kita sebagai umatnya untuk pertikai segala ketentuanNya. Isu jodoh atau zuriat ni sebenarnya isu yang paling sensitif untuk seseorang individu, lebih-lebih lagi bagi yang dah cukup berusaha, tapi sudah tertulis jika masih belum punyai rezeki tersebut, maka tiada lagi rezekinya..
Tetapi bila asyik diasak dengan soalan tentang begitu, orang yang tenang pun takkan mampu bersabar seperti yang dilalui oleh pelakon, pengacara dan usahawan Zulin Aziz apabila sering ditanyakan tentang zuriat.
Menerusi perkongsian video di TikTok @ciknajihah yang telah tangkap layar live Zulin kelihatan Zulin berang apabila netizen terus-menerus bertanya soal cahaya mata.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, Zulin, 33, yang belum cukup setahun lagi usia perkahwinannya mendedahkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran bulan lalu.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada anak. Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas. Boleh faham tak isi hati orang yang tengah tunggu baby ini.” katanya.
Justeru, usahawan terkenal ini berharap agar semua orang lebih peka sebelum melontarkan soalan.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.
“Macam dulu, waktu saya single (solo), orang tanya bila nak kahwin, kalau aku kahwin dengan suami kau baru tahu.” tambahnya lagi.
@ciknajihah Jangan lah jadi mulut puaka sangat 😭 #perjuangan2line #prengnant #sunscreen ♬ original sound – Cik Najihah
Meninjau di ruangan komen, rupanya ramai yang berhadapan dengan situasi yang dilalui oleh Zulin ini dengan berkongsi cerita masing-masing. Oleh itu, kurangkanlah bertanya soalan yang sensitif sebegini supaya tiada hati yang terluka.
Terdahulu, Zulin sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.
Sumber: TikTok @ciknajihah