Ada sesetengah isteri yang menganggap si suami sudah mula tidak menyayangi atau kurang rasa kepada mereka. Jangan mudah berprasangka buruk dan hanyut dengan emosi anda. Sebaliknya, cuba cari kekurangan yang mungkin ada pada diri dan cuba untuk memperbaiki kelemahan itu.
Cara mudah untuk tambat hati suami.
1.Mengambil berat akan penampilan suami.
Dalam hadis ada menyebut, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
Sesetengah suami lebih gemar membiarkan si isteri mengambil alih dalam urusan yang remeh-temeh seperti menentukan pakaian yang hendak dipakai. Ini adalah salah satu cara si suami ingin bermanja dengan anda atau mungkin sahaja si suami sudah terbiasa dengan layanan dari ibu mereka. Jadi sebagai seorang isteri anda seharusnya cuba untuk melayan suami anda lebih daripada apa yang pernah diberi oleh ibu mereka.
Para isteri seharusnya berasa bangga tatkala melihat suami segak setiap hari.
Ads
Elakkan daripada berfikiran negatif. “Biarlah suami aku kurang segak asalkan takde orang tackle”. Sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan dengan kepura-puraan. Tambahan pula, anda akan peroleh pahala lebih dengan menghias suami.
2.Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil
Haa ! Ini antara perkara yang selalu dipandang remeh oleh para isteri. Tatkala si suami memanggil anda seharusnya anda segera pergi dan memenuhi panggilannya. Tinggalkan segala perkara yang sedang anda lakukan ketika itu. Jangan sesekali menangguh dan membiarkan panggilannya tidak bernyahut.
Namun janganlah pula anda membiarkan ikan di dalam kuali dengan minyak panas begitu sahaja. Minta si suami untuk tunggu sebentar, selesaikan kerja anda, persiapkan diri, dan terus pergi kepadanya.
Ads
3.Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk mereka
Para isteri terutamanya yang sudah mempunyai anak seharusnya tidak menjadikan kesibukan mengurus anak dan hal rumah sebagai penghalang untuk anda berhias untuk si suami di rumah. Elakkan memakai pakaian seperti kain batik dan baju kelawar setiap hari atas alasan, “selesa pakai baju basahan seperti ini di rumah kerana selesa, dan senang nak buat kerja”.
Kalau anda rasa tidak mengapa untuk pakai t-shirt (I Love Pangkor) beserta kain batik (yang mungkin sudah tertetas di bahagian jahitan atau warna yang sudah lusuh kerana terlalu kerap pakai), jangan pula persoalkan kenapa suami anda lebih suka balik lewat atau mengadap fb daripada bersembang dengan anda.
Ads
4. Ucapkan terima kasih dengan setiap pemberian daripada suami
Setiap suami pasti suka apabila usahanya dihargai. Mereka akan rasa usaha mereka sangat berbaloi dan rasa lebih ikhlas dengan setiap pemberiannya. Oleh itu, para isteri seharusnya belajar untuk mengucapkan terima kasih kepada suami walaupun untuk pemberian yang tidak seberapa. Andai kata anda kurang suka dengan pemberian tersebut jangan lekas menghentam tetapi dahulukan dengan ucapan terima kasih dan puji-pujian. Kemudiannya barulah anda meluahkan rasa anda dengan cara yang sopan dan lembut. Dengan ini, suami akan lebih menghargai pandangan dan citarasa anda.
5. Jangan berleter
Berleter merupakan satu cara untuk wanita mengekspresikan ketidakpuasan hati atau persoalan di minda mereka. Berleter merupakan kaedah komunikasi yang sangat tidak effektif. Ini adalah kerana intipati dan tujuan komunikasi itu sangat tidak jelas dan sukar difahami. Kebiasaanya juga wanita kerap kali mengulang ‘point’ yang sama. Ini menyebabkan si suami memilih untuk membiarkan sahaja leteran anda tanpa mengambil sebarang tindakan.
Oleh itu, para isteri seharusnya belajar untuk berkomunikasi dengan lebih effektif. Ini dapat menjamin keharmonian rumahtangga. Bukan itu sahaja, suami juga lebih suka untuk berkongsi cerita dengan anda.
sumber:
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila bergelar ibu, pastinya gelagat anak akan menjadi momen indah untuk dikenang. Rasa tak sabar untuk mengandung dan melahirkan anak kerana inilah momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita. Lengkap sudah fitrah hidup.
Begitu juga dengan pelakon, Fasha Sandha begitu teruja apabila cahaya matanya, Aisha Amaira. Menerusi laman instagramnya, Fasha berkongsi cerita pernah keguguran dua kali sebelum lahirnya Aisha. Assalamualaikum,
.
Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi….
Nama saya ,
AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL
Yang membawa maksud,
Bahagia dan Cantik Selamanya. Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah.
.
Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau… lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.
Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner.
. Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan. @kam2u
. Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night
Khabar duka. Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad.
Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.
Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu.
Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.
Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.”
“Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan,” menurut ciapannya di Twitter.
Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.
“Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan,” menurut misi itu.
Ekoran tragedi duka ini, Nepal mengisytiharkan tempoh berkabung mulai Isnin, sehari selepas sebuah pesawat terhempas ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 68 nyawa.
Anggota penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat, dengan dua lagi mayat ditemui pada Isnin pagi
Setelah pelakon Gerak Khas, Abby Abadi memaklumkan dirinya hamil, ramai melahirkan rasa syukur termasuk peminat dan rakan artis.
Namun melalui entri terbaru suaminya, Faizal Zakaria di instagram, menyatakan kandungan Abbay ada masalah dan selanjutnya Abby mendapatkan rawatan untuk nasihatan pakar perubatan.
Bagaimanapun, doktor disahkan doktor bahawa kandungan isteri berada dalam keadaan selamat.
Keluarga bahagia
“Hari cuti bawah My Love @abby_abadi112 ke Klinik
“Pagi tadi ada masalah sikit..berdebar jugak….tapi Alhamdullilah semua ok….
“Makan ubat kena ikut aturan….banyakkan rehat ya.
“Terima kasih Doc sebab berikan layanan yang baik tadi,” tulisnya sambil menyertakan foto imbasan bayi di ruang Instagram.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.