“Perempuan ni lepas dah kahwin, dunianya adalah suaminya.”
Mungkin anda pernah dengar ayat begini kan? Sememangnya tak dinafikan sesetengah wanita memilih untuk mendahulukan keluarga dari segala-galanya.
Kalau dulu boleh lepak atau keluar berjalan-jalan dengan kawan, namun selepas berkahwin dan punya anak, dunianya hanyalah di rumah. Kerana itu, segala masalah atau apa sahaja cerita mahu diadukan kepada suami. Dari sekecil-kecil hal, sehinggalah sebesar-besar masalah, semuanya akan diceritakan tanpa tertinggal sedikit pun.
Tujuannya cuma satu, mahu berkongsi dengan suami dalam segala hal. Dia menganggap suami ibarat sahabat baik, teman yang ada untuk susah dan senang. Justeru, sebagai suami, apa salahnya luangkan sedikit masa dan tadah telinga dan hulurkan bahu untuk disandarkan buat isteri.
Sekalipun penat di pejabat belum hilang, lupakan seketika dan tumpukan pada insan yang banyak berkorban buat anda. Suami yang baik adalah suami yang boleh menjadi pendengar yang baik kepada isteri dan tidak semua orang memiliki bakat itu.
Ibu bernama Syahirah Omar ini berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
Buat lelaki bergelar isteri, marilah sama-sama memahami isi hati makhluk aneh bernama isteri.
Memahami Makhluk Aneh Bernama Isteri.
Isteri: Abang ok harini?
Suami: Ok.
Isteri: Abang nak makan apa harini? Saya masakkan.
Suami: Tak kisah. Apa pun boleh.
Isteri: Nak pergi mana cuti sekolah ni abang? Abang ada plan tak nak bawak kami kemana?
Suami: Tak ada. Awak nak kemana mana ke?
Isteri: Kenapa ye kalau dengan kawan abang, beria sangat abang berbual! Tapi dengan isteri sendiri acuh tak acuh saja! Saya give up la dah 12 tahun begini! Abang memang tak sayangkan saya!
” Terlalu banyak yang saya kena buat untuk rumahtangga ni! Saya dah tak mampu lakukan apa-apa lagi dah. Saya dah tak kisah, Abang buatlah apa yang abang mahu!” Isteri terus masuk bilik dan kunci pintu menangis teresak-esak. Isteri terlalu penat, geram, dan bosan dengan suami.
Suami keliru! Dari ok saja tiba-tiba isteri beremosi.
Kemudian, apa yang dia boleh lakukan, cuma membiarkan isteri untuk tenangkan diri. Bila malam, suami masuk ke bilik dan menegur isteri seolah-olah tak ada apa yang berlaku.
Pekara begini dah berlarutan selama 12 tahun.
Dan begitulah, kenapa punca isteri sentiasa mengamuk hal-hal kecil. Kerana tangki emosi tak pernah dipeduli. Emosi isteri sentiasa diabaikan. Komunikasi antara suami isteri sangat teruk dan rumahtangga menjadi semakin hambar.
Sebenarnya,
Disebabkan kedua-dua mereka berkomunikasi dengan bahasa yang berbeza, jadi tak ada titik persefahaman diantara mereka.Bukan suami tak cuba bantu isteri dan fahami isteri, tetapi gagal setiap kali beliau mencuba.
Begini,
Menurut kajian, kebanyakkan isteri perlu menghabiskan 20 ribu patah perkataan sehari berbanding suami yang hanya perlu habiskan lebih kurang 7000 patah perkataan sehari. 3 kali ganda bezanya!
Memang suami pun jenuh penat melayan kan? Tapi sebenarnya otak wanita ni tak dapat menyimpan maklumat secara khusus. Contohnya kalau apa yang dia fikir siang tadi, membawak sampai ke malam hari. Itu pasal kalau suami tak layan, membawak sampai ke Planet Pluto Overthinking si isteri!
Isteri cuma perlu luahkan apa yang terbuku di hati.
Kau tengok eh,
Waktu lipat kain dia bercakap.
Waktu dia masak dia bercakap.
Waktu dia sidai kain dia jerit
” Abang, malam ni nak pergi giant tak? Giant kat Putra Kajang tu dah nak tutup semua item 50% less!”
Tiba tiba dia datang depan muka suami dia tanya pulak
” Abang, saya risau la tengok anak kita tu. Hari-hari taknak pergi sekolah,”
Suami pun keliru.
Sebenarnya, isteri selalu merasakan suami adalah sumber kasih sayang dan sokongan berbanding kawan-kawan, keluarga. Bagi isteri, suamilah bff dunia akhirat.
Apabila isteri meluah perasaan, suami jangan terus naik angin, tetapi mungkin boleh cuba untuk respon begini
” Sayang luah, abang ada ni untuk dengar,”
” Sayang, Abang tahu sayang penat sangat, sayang banyak bantu abang dalam uruskan rumahtangga,”
Dan Isteri,
Carilah sahabat untuk berbual. Tak semua perkara kau perlu luah pada suami. Selalunya kita yang duduk rumah ni kematu tak tahu bercakap dengan siapa selain anak-anak. Kau carilah hobi baru. Bila ada hobi, kau akan jumpa kawan-kawan baru. Suami juga ada perasaan dia yang kau tak fahami.
InsyaAllah, percayalah. Bila komunikasi lebih baik, rumahtangga akan aman dan bahagia.
Nantilah, aku tulis pulak bagaimana untuk fahami suami? Jangan la tag pasangan gais. Aku taknak bertanggungjawab kalau korang gaduh. Printscreen sajalah bagi dia. Mana suami nak baca panjang panjang ni?
Yang benar,
Syahirah Omar