Setiap orang ada cara sendiri untuk ‘me time’ Bukan hanya wanita, kaum lelaki juga tidak ketinggalan. lebih-lebih lagi yang sibuk dengan kerjaya. Jadi, masa untuk diri sendiri itu perlu untuk sekurang-kurangnya ‘reward’ diri selepas berpenat lelah sepanjang masa.
Namun, cara setiap orang berbeza-beza. Ada yang memilih keluar bersama kawan-kawan, tak kurang yang memilih untuk bersendiri. Tetapi cara yang dipraktikkan oleh aktor kacak Norman Hakim ini cukup unik dan cukup menyentuh hati.
Apa tidaknya, dia memilih untuk pulang ke kampung menemui ibu dan ayahnya setipa minggu untuk melawat dan mendengar luahan kedua orang tuanya.
Cara tersebut dimuat naik oleh suami kesayangan Memey Suhaiza dalam satu perkongsian di laman instagramnya.
Salam sayang dari ‘sarang’❤️
Minggu ni alhamdulillah dpt tido 1 malam kat rumah mak.Selalu ‘me time’ Jumaat,balik hari je.Minggu ni Allah bagi izin Jumaat & Sabtu
Tiap kali balik kalau dpt peluang tido,ni la the best ‘port’ tido.Dari zaman sekolah menengah mmg tido kat sini je.Bantal & selimut pun still dari zaman sekolah punya
Alhamdulillah isteri,anak2 dah faham sgt,dlm seminggu mmg saya perlukan 1 hari ‘me time’.Pilihan banyak utk pergi mana2,tapi decision terbaik adalah balik ke ‘sarang’,paling utama dpt ziarah ayah mak sambil dgr luahan rasa diorang yg terkumpul selama seminggu
‘me time’ ni jugak umpama utk discharged & recharge balik energy.Balik KL nanti tu yg mcm2 idea nak buat utk diri,keluarga & bisnes.
Korang punya ‘me time’ mcmana pulak? Btw tq mak @kamariah.kamat for the pic.Fuhhh mak dah terer ambik gambar la😅👏🏻👏🏻👏🏻❤️
Sebelum ini, Norman turut berkongsi video membuat Pedicure untuk ibu dan ayahnya.
Perkongsian dari Norman Hakim itu mendapat respond dari warganet. Rata-rata kagum dan tak kurang yang berkongsi cara sama seperti Norman Hakim.
azrinasir Makanan jiwa saya jugak ni bang. Kalau tak jumpa rasa lemah jiwa. Dendam rindu tak lepas.. 😅 nak kja isnin lemau..huhu haidziro_lady_rogerBagusnya.. Sy salute sgt part yg ni. Bkn sbb ank mak ke apa… Sbb sy dh jadi mak. Sy bayangkan ank lelaki sy jaga kebajikan sy n suami mcm ni.. Terharu sungguh rasa. Semoga Allah melimpah kan rezeki utk Oman sekeluarga & sentiasa dibawah lindunganNya💕 Rumah tangga bahagia
mamanurbakeryBerkat hidup bila kita jaga ibu bapa kita. Rumah tangga bahagia, rezeki melimpah ruah 💓 peribumi_17Baguss Norman Hakim Nii.. Bini Nyee Pun Bagus Memahami, Bagi Norman Hakim ME Time Untuk Keluarga Nyee Sendiri.. Harus Dicontohi Oleh Isteri2x Yang Diluar Sana.. asyiquofficialNice share bro norman..sebak anty rasa..perasaan seorg ank yg bahagia bertemu ayah ibu..umpama pulang ke ‘sarang’..yur origin..! Anty mak ayah dah lama pulang.☺️💕 Anak yang baik penyejuk mata ibu bapa
amahroses Alhamdulillah, Syukur sgt2, Sesungguhnya seseorang itu masih beruntung jika masih punya ibu dan ayah lagi.. Bahagia kan lh mereka selagi mereka masih ada didunia.. Saya doakan semoga segala urusan abg normah sentiasa dipermudahkan.. kaybariah1970 Alhamdulillah Allah bg rezeki dan kesempatan buat Norman utk ziarah ibu & bapa….jangan disia-siakan setipa detik yg ada… Role model anak dan ketua keluarga siti_hajar_daud Betul..me time ngan mak ayah yg paling seronokkkk..selagi mereka masih ada😍😍 norizan.shaharuddin MasyaAllah….moga dpt sebaik2 ganjaran, berkat dan rahmat Allah buat kedua ibubapanya, Norman dan seisi keluarga, dunia akhirat….u could be a role model anak dan ketua keluarga..Alhmdulillah awan.amarra Yes..alhamdulillah…saya ‘me time..balik rumah mak..seminggu sekali ciik_puan_miza Sama!! ‘Me time’ sy pon balik kg. Jap lg gerak balik jb semula. Me time dah abis. Boleh la sehari kt kg..😁 aznida_azwa Dgn mak pun one of my favourite ‘me time abg Norman .blh borak banyak2 time tu berdua dgn mak 😍😍😍.
Sumber: normanhakim_786