Kekeluargaan

Isteri & Anak-Anak Titip Kata Semangat Buat Nabil, Tanda Sokongan!

Share

Isteri kepada Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menitipkan kata-kata semangat buat suaminya yang juga penyampai radio Era selepas terpalit kontroversi membabitkan perkauman baru-baru ini.

Menerusi Instagramnya kata Zira, dia dan akan sentiasa berada di samping suaminya untuk terus memberikannya semangat walau apa pun yang berlaku.

“Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingati-Nya, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.

“Ayah ada kami, kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi ayah. Ayah seorang yang penyayang, prihatin, dan penuh sifat keibubapaan,” tulisnya.

Tambahnya lagi menerusi kapsyen, biar apa pun pandangan orang lain namun dia dan anak-anak akan tetap memberikan sokongan padu buat Nabil.

“Saya peminat terbesar ayah sampai bila-bila. Mungkin ada yang berkata buruk tentang ayah, tetapi saya lebih mengenali ayah berbanding mereka,” tulisnya.

Melalui entri itu juga, Zira turut memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama tiga anak perempuan kesayangan.

Terdahulu, Nabil serta dua lagi rakan penyampai, Radin dan Azad Jasmin bagi segmen 3 Pagi Era digantung tugas di stesen radio itu kerana dikatakan telah turut serta dalam video yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.