Malam ini, pelakon cantik manis dan hos terkenal, Mira Filzah bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-ril. Wan Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datin Mastura Yazid.
Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, YB Mastura meluahkan rasa sebagai seorang ibu. Dalam masa yang sama, beliau mengimbas kembali kenangan serta pesanan arwah suami yang juga ayah kepada Wan Emir.
Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama2 katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuk nya sendiri. Seperti juga yg Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar.
Ibu ingat segala bait2 perbualan2 Arwah Papa dan Ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu .
Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT.
Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir.
Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.
How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime
Ia berkata kepada kekasihnya
“Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta…”
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club (https://t.me/keluargagaderclub)