Malam ini, pelakon cantik manis dan hos terkenal, Mira Filzah bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-ril. Wan Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datin Mastura Yazid.
“Isteri Amanah Allah SWT. Perlu Disayangi & Dilindungi.” Bakal Nikahi Mira Filzah, Ibu Titip Pesan Buat Wan Emir!Bukan hanya peminat pelakon dan hos cantik manis ini menanti dengan penuh debaran, bahkan YB Mastura sebagai ibu turut sama berdebar. Sementelah Wan Emir adalah sulungnya dari empat beradik.

Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, YB Mastura meluahkan rasa sebagai seorang ibu. Dalam masa yang sama, beliau mengimbas kembali kenangan serta pesanan arwah suami yang juga ayah kepada Wan Emir.
“Isteri Amanah Allah SWT. Perlu Disayangi & Dilindungi.” Bakal Nikahi Mira Filzah, Ibu Titip Pesan Buat Wan Emir!Emir, ingatlah pesanan Arwah Papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah , Arwah Papa sering mengingatkan Ibu betapa Arwah Papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana kata nya kebahgiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin.

Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama2 katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuk nya sendiri. Seperti juga yg Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar.

Ads

Ibu ingat segala bait2 perbualan2 Arwah Papa dan Ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu .

Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT.
“Isteri Amanah Allah SWT. Perlu Disayangi & Dilindungi.” Bakal Nikahi Mira Filzah, Ibu Titip Pesan Buat Wan Emir!Beliau turut menitipkan pesanan buat anak sulungnya itu yang baka menggalas tanggung jawab besar sebagai seorang ketua keluarga.

Ads

Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir.

Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.
“Isteri Amanah Allah SWT. Perlu Disayangi & Dilindungi.” Bakal Nikahi Mira Filzah, Ibu Titip Pesan Buat Wan Emir!
Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love Arwah Papa very much.

Ads

How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime
“Isteri Amanah Allah SWT. Perlu Disayangi & Dilindungi.” Bakal Nikahi Mira Filzah, Ibu Titip Pesan Buat Wan Emir!Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
“Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta…”
“Isteri Amanah Allah SWT. Perlu Disayangi & Dilindungi.” Bakal Nikahi Mira Filzah, Ibu Titip Pesan Buat Wan Emir!#demicintasebuahperjuangan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club (https://t.me/keluargagaderclub)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI