“Isteri Ajak Duduk Berasingan Bukan Nak Putuskan Tanggung Jawab Kita Pada Orang Tua. Tapi…”- Deep Perkongsian Lelaki Ni

Share

Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Dalam bab tinggal bersama mentua misalnya, mungkin sesetengah pasangan melihat mungkin perkara ini sebagai sesuatu yang memudahkan selain dapat menjimatkan.

Tetapi sebenarnya, banyak cabaran sebenarnya apabila kita memilih untuk tinggal bersama keluarga sendiri mahupun mentua selepas kahwin. Kerana itu, suami isteri patut ada perbincangan dua hala berkenaan situasi ini. Supaya kedua-duanya boleh meluahkan kehendak masing-masing.

Berkenaan isu ini, jom baca perkongsian yang cukup menarik oleh saudara Firdaus Shakirin. Moga kita mendapat manfaat daripadanya.


Kalau isteri boleh tinggalkan keluarganya utk ikut suaminya, kenapa suaminya tidak boleh tinggalkan org tuanya utk bina kehidupan sendiri?

Sesuatu yg perlu kita faham dlm2…

Isteri ajak duduk berasingan bukan sebab dia nak putuskan tanggungjawab kita kpd org tua kita…

Bukan…

Dia cuma nak bina kehidupan keluarganya, antara dia, suami dan anak2 dgn cara dia sendiri tanpa campur tangan dr org lain…namun bila dia suarakan niat utk tinggal berasingan, penerimaan kita tu sebaliknya…kita anggap mcm isteri tak faham akan tanggungjawab kita kpd org tua kita…

Kita anggap mcm isteri xnak bagi kita jalankan tugas kpd org tua kita… Kita anggap mcm isteri tak faham syurga kita tu dibawah tapak kaki siapa…

Tinggal berasingan ni tak semestinya perlu berjauhan sehingga berlainan negeri…kita mgkin boleh tggal di negeri yg sama, daerah yg sama, mukim yg sama serta kampung yg sama…cuma tak sama rumah…itu sahaja…

 

Paling kurang pun, bersebelahan dgn rumah org tua kita…ini yg paling2 kurang kita boleh buat klu xnk tggal jauh2…

Ini pun dah bleh buat isteri senang hati…terlalu byk kepala dlm satu rumah tu sebenarnya tak bagus dan baik utk hubungan…mesti ada saja perkara yg tak kena dan byk hati yg perlu dijaga…

Selama mana dia mampu menjaga hati semua org dgn sebaiknya?