Kehidupan dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Jika pasangan itu memilih bahagia, pastinya terima kekurangan pasangan. Bukannya mencari kesalahannya.
Jika seorang suami asyik mencari kesalahan isterinya, umpama dia tidak menghargainya kelemahan isterinya.
Seharusnya kehidupan rumahtangga ini saling melengkapi antara satu sama lain. Impaknya, rumahtangga itu dilimpahi kebahaagiaanya. Bukanya menjadikan ia sebagai alasan untuk ‘tukar isteri’ semata-mata.
Tepuk dada, tanya diri sendiri. Sebagaimana perkongsian oleh penceramah bebas terkenal,Ustazah Asma Harun mengenai pentingnya setiap pasangan saling menghargai dan menerima kelemahan pasangan seadanya agar rumahtangga kekal harmoni.
Ikuti perkongsian ini.
TUKAR ISTERI
“Isteri saya tak seperti orang lain, dengan pemalasnya, tak pandai masaknya, tak pandai berhiasnya, bercakap pun kasar, muka asyik masam…bla.bla… Saya rasa macam tak boleh nak terus hidup dengan dia lagi, ni baru dua tahun, kalau nak terus sampai puluh tahun tak tahulah azabnya hidup saya, mungkin saya perlu cari perempuan yang lebih sesuai dijadikan isteri”.
“Terpulang pada encik. Tapi saya rasa encik akan cari isteri sepanjang hidup, dan mungkin encik takkan jumpa ‘isteri’ sampai mati..”.
Ads
“Kenapa pula ustazah, teruk sangat ke saya, salah ke nak tukar isteri ?”
ISTERI ADALAH TEMAN KONGSI KEHIDUPAN SEORANG SUAMI. HARGAILAH
“Saya tak cakap encik teruk. Pertama, encik mungkin mencari wanita yang sempurna, maka memang encik takkan jumpa sampai bila². Kerana manusia tiada yang sempurna”.
“Kedua, encik sebenarnya bukan cari seorang isteri, tapi seorang hamba suruhan atau pekerja. Seorang pekerja yang dibayar gaji untuk setiap kerjanya pun belum tentu dapat memenuhi kehendak kita. Apatah lagi seorang isteri yang diminta buat itu ini tanpa diberi gaji, bahkan kadang dibalas dengan cemuhan, perbandingan, hinaan dll”.
“Ketiga, Isteri adalah rakan kongsi hidup, kekasih hati, tempat saling menumpahkan sayang, bukan pengurus hidup encik. Encik dah tua kan, dah boleh urus hidup sendiri, kenapa bila dah kahwin tak boleh urus sendiri. Rumahtangga adalah penyatuan lelaki dan wanita sebagai tempat berkongsi segala²nya. Jangan nak kongsi makan sama, sediakan makan pun sama²lah. Nak kongsi bilik dan rumah yang bersih je, kongsi jugalah kerja rumah tu. Nak kongsi anak je, sama²la kongsi bab jaga anak tu.. ”
Ads
“Keempat, encik datang mengadukan aib isteri, sebenarnya tanpa sedar encik sedang mengadukan kelemahan diri sendiri kerana gagal bersabar dalam mendidik seorang isteri, mungkin sikap buruk isteri berpunca daripada kita juga”.
SUAMI SWEET BILA…
Suami yang sangat sweet apabila dia hantarkan msg sekali sekala,
Ads
“awak, jangan lupa solat awal waktu, kerja memang tak habis, tapi umur kita akan habis..”.
“awak, jangan lupa baca AlQuran tu, sekarang saya ada untuk awak, tapi dalam kubur alQuran adalah teman awak yang setia..”
“awak, jaga aurat ya.. Awak cantik sangat bila tutup semua, kerana kecantikan sebenar apabila menarik pandangan Allah dan para Malaikat, bukan pandangan manusia. Cukuplah awak untuk saya..”
Pasangan muda, tolong ingat satu perkara ni,
Perkahwinan dibina atas dasar cinta, tapi keluarga bahagia dibina atas dasar tangungjawab.
Asma’ Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui banyak manfaat amalan menabung ini. Namun masih ada yang sukar untuk displin lantaran gaya hidup yang mewah.
Berbelanja tanpa ‘mengukur baju dibadan sendiri’ mengakibatkan ramai yang culas untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Sedangkan ramai yang tahu kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira sama ada kaya atau miskin.
Pengurusan kewangan bukanlah perkara yang sepatutnya diambil ringan. Jika tidak diurus dengan baik, isu kewangan ini akan membawa kepada kemudaratan.
Masalah pengurusan kewangan ini terjadi kepada mereka yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri. Tidak kisahlah berapa banyak pun pendapatan yang ada, jika tidak diuruskan dengan baik memang akan berasa sesak sebelum sampai hujung bulan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Cakna mengenai hal ini, pada 25 Februari lalu, Majalah Keluarga telah mengajurkan program Hi Tea dengan tajuk Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW yang dibawakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Program itu mengupas topik pengurusan kewangan dengan tiga ahli panel membincangkan topik kewangan ini iaitu Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki, Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi dan selebrti, Datin Almy Nadia.
Program ini yang dihadiri oleh 50 orang peserta teruja dengan infomasi mengenai pengurusan kewangan dan perkongsian daripada selebriti.
Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi menasihati orang ramai untuk kekal menguruskan kewangan dengan baik.
Katanya ramai yang mengeluh sukar menabung, malah perbelanjaan harian pun tidak mencukupi.
Namun menasihati supaya ia bukan alasan untuk tidak menabung. Tegurnya bahawa dalam diri perlu ada sikap untuk menyimpan demi memastikan kewangan keluarga kukuh.
Manakala Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki turut berkongsi manfaat tabungan SSPN. Katanya untuk menggalakan orang ramai menabung, telah melakukan pelbagai inisiatif dengan menawarkan hadiah lumayan.
“Pada 16 Januari 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan kempen Cabutan WOW!
“Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2023 bagi edisi tahun ini dengan nilai keseluruhan hadiah wang tunai bernilai hampir RM500,000 menanti 138 pemenang dengan hadiah lumayan.
“Tujuan kempen ini dengan hadiah menarik untuk mendidik dan memberi semangat untuk orang ramai menabung. Rebutlah peluang ini,” nasihatnya
Dalam pada itu, selebriti Almy Nadia juga berkongsi pengalaman sebagai pengguna SSPN. Beliau mengakui sudah sekian lama menabung untuk anaknya setiap bulan RM30. Bahkan, turut mendidik anaknya konsep menabung sejak kecil lagi.
“Saya ni simple je janji rancang awal. Contohnye SSPN ni dah lama dah saya melabur tapi orang tak tahu. Setiap anak saya semua dah ada. Rancangan awal itu sangat penting, kena ada tabung kecemasan.”
“Tak kisah berapa pun janji menabung. Macam contoh anak saya, saya bagi RM5 si kakak la.. i dont care balik you kena bawa duit tu balik.. baki i dont care. Sebab duit tu akan masuk tabung, Sepuluh sen pun you kena bawa balik.
Namun katanya, hujung tahun wang yang dikumpul itu akan disimpan dalam bank dan pembelian barang kemas. Bahkan anaknya juga akan diberi ganjaran sebanyak RM100 hasil usaha menabung.
Selepas tujuh hari melahirkan anak yang ketiga, pelakon Datin Lisa Surihani telah mengumumkan nama anaknya itu menerusi laman sosial Instagram. Lisa dan suami memilih nama Yunos Laith yang diambil bersempena nama salah seorang nabi.
Perkongsian tesebut turut menarik perhatian warganet, bila Lisa turut berkongsi foto Yunos Laith yang sedang dipangku oleh kakak dan abangnya, Yuhaira Leanne, 6 dan Yusof Leonne, 4.
Tentunya detik ini cukup membahagiakan buat mereka sekeluarga. “Kami ingin memperkenalkan adik kami, dia berusia 7 hari pada hari ini. Nama dia Yunos Laith Bin Yusry.”
“Yunos adalah nama salah seorang nabi dan Laith bermaksud berani seperti seekor singa. Rawr!”
“Kami sayang dia sangat. Dia dilahirkan pada 15 Jun, iaitu sama hari dengan tarikh lahir daddy. Alhamdulillah terima kasih semua untuk doa dan ucapan yang baik,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat Lisa dan Yusry. Antara komen daripada rakan artis adalah seperti dari pelakon Sari Yanti, ujarnya, “Lebatnya rambut”, manakala penyanyi Sophia Liana pula mengucapkan tahniah,”Congratulations Kak Lisa”, begitu juga Fazura turut memberi tanda suka dengan 3 love.
Selain itu diperkongsian terkini, Lisa turut berkongsi momen sedang mencukur rambut bayinya yang dilakukan oleh Yusry sendiri. Hal ini turut mendapat pujian daripada warganet.
Merancang untuk membawa anak-anak menunaikan umrah di Tanah Suci tentu ada sahaja ibu ayah yang teragak-agak. Bimbang anak-anak tidak dapat menyesuaikan diri untuk sentiasa melakukan ibadah di Mekah dan Madinan.
Pun begitu, membaca perkongsian daripada pasangan suami isteri ini yang membawa empat orang anaknya yang berusia anggaran 11 tahun hingga 3 tahun, boleh dijadikan panduan.
Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat sampai. Ada yang tanya tips umrah bersama anak anak. Ini adalah kali ke 2 kami sekeluarga menunaikan umrah bersama anak anak. Bezanya dulu anak 2 sekarang anak 4 dan pengalaman juga berbeza.
MasyaAllah tabarakAllah untuk posting ni saya berkongsi pengalaman umrah bersama 4 orang anak anak yang berumur 11 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Semoga memberi manfaat buat korang semua yaa. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri.
Bismillah
Alhamdulillah kesihatan anak anak sepanjang umrah baik baik saja, tiada demam. Cuma hari ke 6-7 ada yang start batuk. Suhu di sana Mekah dalam 18°-25°c dan di Madinah dalam 11°-18°c. Di Taif lagi sejuk. Alhamdulillah pengalaman Allah jemput menjadi tetamuNya di musim sejuk. Sepanjang kat sana vitamin anak anak tak tinggal. Setiap hari wajib ambil black eldeberry termasuk dengan nose spray.
Untuk persiapan umrah bersama anak anak kecil ni saya dan suami biasakan mereka dengan berjemaah di Masjid/Surau kawasan rumah dulu sebelum mengerjakan umrah. Time Sabtu Ahad / cuti sekolah bawa berjemaah subuh, waktu bersekolah bawa Asar, Magrib dan Isya. Setiap hari biasakan ke Masjid untuk berjemaah. Alhamdulillah bila di sana anak anak biasa ikut ke Masjid.
Makan pon kena biasakan makan makanan berunsurkan arabbeqq. Alhamdulillah anak anak ni dalam bab makan Allah mudahkan walaupon hakikatnya mereka memilih makanan. Makan je apa yang disediakan. Ada kala disediakan makanan yang terpedas, tertawar, terlebih rempah, indo style, makan jee apa yang ada. Sebenarnya bila ada pilihan anak anak ni memang memilih tapi bila ada ditempat orang, terima dan makan jer. Selalu cakap kat diorang ni rezeki Allah bagi untuk hari ini. Dan siapa sangka, makanan yang paling diorang suka kat Mekah adalah Nasi UNTA. Sampai ke KL minta Nasi UNTA. Mana nak cariiii? Sape tahu bole share yee, nak bawa diorang makan
Fitness. Ini juga penting bila ada anak kecik. Kena tingkatkan stamina. Macam kami, si kecik bila dalam keadaan ramai orang selalu minta nak berdukung. Tawaf berdukung. Saie berdukung. Nak pergi makan berdukung. 90% nak berdukung. Stroller ada tapi untuk di Mekah tak dibenarkan bawa masuk dalam masjid terutamanya dikawasan Mataf.
Safety. Untuk memastikan anak anak tak terlepas jalan sorang di tempat sesak, kami pakaikan kids harness pada anak ke3 dan ke4. Time tawaf di Mataf pon pakai juga. Dan jangan lupa bawa sejadah sekali, kalau anak tidor boleh alas dengan sejadah. Sebab bukan semua kawasan solat ada carpet.
Aktiviti pula. Bila bawa anak kecik kecik dan ramai ni kena plan aktiviti diorang walaupon trip ni focus kepada beribadah. So aktiviti yang anak anak kami buat sepanjang di sana:
-Agihkan gula gula di Masjid. (Bawa dari KL)
-Bagi air zam zam pada orang orang yang sedang mengaji di Masjid.
-Bagi kucing jalanan makan. (Makanan kucing bawa dari KL).
– Melukis dan mewarna. Bawa persiapan dari rumah.
Bila ada masa sikit lepas Isya, kami bawa diorang ke kedai 3riyal. Bila ada masa lepas zohor/ asar bawa makan aiskrim untuk reward.
Aktiviti ziarah juga one of membantu hiburkan anak anak dan dapat mendedahkan anak anak tentang sirah nabi dan juga Islam.
So pendek kata kalau ada yang berhajat untuk bawa anak anak umrah, teruskan jerr.. ambil pengalaman ini. Nikmati moment dengan anak anak di tempat paling keramat di dunia. Dan jangan lupa minta anak anak doakan sepanjang di Tanah Haram, Tanah Suci Yang Aman. Doa mereka tiada hijab dan disana tempat mustajab doa.
Sekian perkongsian saya ini. Untuk bakal dhuyufurrahman bersama anak kecil, semoga penulisan saya dapat memberi sedikit manfaat. Lama tak menulis panjang panjang gini.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...