Isi Minyak Tanpa Wang Tunai Lebih Mudah Dengan Petron; Hadiah Besar Tersedia

Share

Sekarang ini sebut sahaja lah nak beli apa sekalipun semuanya boleh diperolehi dengan senang, mudah dan selamat tanpa perlu kita ada duit di tangan. Cukup hanya perlu swipe kad debit sahaja, sekelip mata siap urusan pembayaran. Jadi, lebih ramai orang memilih untuk tidak menggunakan wang tunai kerana No Cash, No Hal lah!

Apatah lagi jika anda mengisi petrol untuk kenderaan anda di Petron yang bukan sahaja membolehkan anda menggunakan pembayaran melalui konsep cashless bahkan anda tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter pembayaran. Ini semua disebabkan di Petron ada terminal bayaran di setiap pam Petron!

Pengalaman Tanpa Merumitkan

Dahulu, mereka yang menggunakan kad debit untuk membayar minyak pasti pernah mengalami isu ini – RM200 ‘ditahan’ oleh bank pengeluar kad untuk beberapa hari. Biasanya perlu menunggu selama 3 hari bekerja baki itu dikembalikan. Ini bermaksud jika anda mengisi minyak bernilai RM50 menggunakan kad debit, sejarah transaksi anda akan menunjukkan ‘potongan’ (PRE-AUTHORIZED) sebanyak RM200.

Namun, ini tidak berlaku di Petron. Setiap pelanggan Petron hanya perlu bayar apa yang mereka pam, RM200 akan dibebaskan secara automatik setelah anda selesai mengisi minyak. Sekarang, dengan penyertaan dalam kempen Petron Fuel Up & Sweep Bersama MyDebit, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa. Menarik, bukan?

 

Nak Sertai, Faham Dulu Caranya

Inilah cara untuk menyertai peraduan ini. Bekalan runcit atau mata ganjaran Petron Miles bernilai sehingga RM200,000 boleh dimenangi! Setiap pelanggan berhak menyertai setiap pembelian bahan api kumulatif RM50 atau lebih melalui transaksi kad ATM MyDebit di stesen minyak Petron.

Cara untuk Memenangi – Langkah 1:

Buat pembelian kumulatif sekurang-kurangnya RM50 menggunakan kad ATM MyDebit dan kad Petron Miles atau Aplikasi Mudah Alih Petron untuk memperoleh satu penyertaan.

Hantar penyertaan yang lengkap dan sah mengikut langkah-langkah ini:

  1. Ambil gambar resit pembayaran
  2. Hantar “MyDebit” ke 019-930 9305 melalui WhatsApp
  3. Lampirkan gambar resit pembayaran kepada mesej WhatsApp
  4. Simpan resit pembayaran fizikal sebagai bukti pembelian anda.

 

 

Cara untuk Memenangi – Langkah 2:

Ambil gambar resit anda > Imbas kod QR untuk menghantar permohonan ANDA atau taip “MyDebit” dan WhatsApp ke +6019 930 9305.

Pelanggan akan menerima balasan dalam masa 24 jam melalui WhatsApp yang meminta:

  1. Maklumat peribadi
  2. Persetujuan kepada notis privasi

Pelanggan dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah tentang promosi/Petron dengan betul untuk layak untuk cabutan.

Mudah, bukan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini dari Petron Malaysia.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat terkini, anda juga boleh  klik di pautan media sosial Petron Malaysia di bawah ini.

https://www.facebook.com/PetronMalaysia

https://www.instagram.com/petron_malaysia/

https://www.tiktok.com/@petron_malaysia

https://www.petronmiles.com.my/home

atau untuk terus sertainya, boleh klik DI SINI