Uncategorized

Isaac Tak Kekok Buat Kerja Rumah, Bagus Didikan Zahirah & Aiman Pada Anak!

Share

Kalau nak didik anak- biarlah dari awal. Sejak mereka masih kecil, ajarkan benda-benda yang baik supaya dapat membentuk peribadi dan akhlak mereka. Peranan ibu ayah juga sangat penting untuk terapkan rasa kasih dan sayang antara adik beradik.

Antara anak selebriti yang sering mendapat perhatian adalah Isaac Raees yang dilihat sangat baik serta cerdik. Walaupun anak sulungnya lelaki namun Zahirah MacWilson banyak mengajar tentang ‘survival skill’ pada Isaac.

Sejak kecil, Isaac telah dilatih untuk membantunya di dapur dan sebagainya. Jika dilihat, Isaac tidak kekok dan sangat seronok dapat membantu mommynya.

Terbaharu, Zahirah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Isaac sedang menjemur pakaian adiknya. Pada usianya 3 tahun, Isaac sangat teruja dan kelihatan seperti sudah biasa melakukan kerja rumah itu.

Bukan itu saja bahkan Isaac juga membantu bersihkan tab mandi Inara serta membasuh pakaian. Selain itu juga, ada momen-momen Isaac memasang katil adiknya.

“Isaac’s always got your back Inara ❤️..”

Melihatkan sikapnya yang baik dan sangat ringan tulang, kita percaya didikan Zahirah dan Aiman telah membentuk peribadi anak mereka. Selain kecerdikannya itu, ramai yang turut memuji Isaac yang mempunyai tutur bicara yang sangat lembut serta petah berkata-kata.

Tonton video ini; 

Mungkin juga itulah yang ditunjukkan oleh Aiman Hakim, jadi Isaac banyak belajar dari daddynya. Sama-sama kita doakan semoga Isaac terus membesar dengan sihat serta menjadi anak dan abang yang boleh baik buat keluarganya!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my