Sebelum ini pernah tular wajah seorang adik yang bernama Nur Miza Najla Mustaffa dikatakan sama persis dengan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Tidak lepaskan peluang, baru-baru ini ayah Allahyarhamah, Raisuddin ditemani isterinya, Siti Fatimah Suberi atau dikenali sebagai Makder dan Uwais Alqarni telah meredah 7 jam perjalanan ke utara demi berjumpa dengan adik Miza.
“Rezeki dapat berjumpa dengan adik Miza. Tujuh jam perjalanan sebab suami nak sangat jumpa,” katanya dalam perkongsian di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuib yang tidak dapat turut serta berjumpa adik Miza turut memuat naik semula video perkenaan dan turut berkongsi panggilan video ketika pertemuan berkenaan.
“MasyaAllah comelnya, macam dia (Siti Sarah) masa kecik2 (kecil), budak sekolah rendah. Allah Maha hebat.….. Uwais pergi tak ajak. Kirim salam adik Miza. Ade rezeki nak jumpa nanti.
“Semoga ada rezeki bertemu kamu,” tulis Shuib di kapsyen IG miliknya.
Ads
Berkongsi kisah berkenaan, ibu saudara Nur Miza Najla, Nur Atira Nasaruddin, 23, berkata, pertemuan itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.
Menurut Nur Atira , keluarga Allahyarham Siti Sarah meluangkan masa selama beberapa jam sebelum pulang.
“Seminggu sebelum, saya dihubungi keluarga Allahyarham (Siti Sarah) yang menyatakan hajat mereka untuk bertemu Miza (nama panggilan).
“Semalam, mereka sekeluarga datang tetapi tanpa Shuib dan luangkan masa sampai malam.
Ads
“Nampak bapa Allahyarham (Raisuddin Hamzah) yang paling teruja bersembang malah ada juga tunjukkan gambar Allahyarham ketika kecil selain beri hadiah tudung kepada Miza,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, tular kisah Nur Miza Najla yang memiliki wajah seiras penyanyi, Allahyarham Siti Sarah selepas videonya dikongsikan oleh ibu saudaranya, Nur Atira.
Nur Miza Najla yang juga murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), di sini sedar persamaan itu dan mengakui meminati Siti Sarah walaupun tidak pernah bertemu dengan Allahyarham.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan pertemuan dua keluarga ini terutamanya kegigihan si ayah yang terlalu merindui seorang anak. Malah, tidak dinafikan wajah adik Miza sememangnya sama seperti wajah Allahyarhamah Siti Sarah.
Masalah ekzema adalah antara yang kulit yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Ia menyebabkan rasa tidak selesa.
Akibat masalah ini ramai yang sudah berhabis ratus ringgit untuk mengatasi masalah ini.
Nak tahu cara atasi masalah ini.
Ikuti petua ini yang dikongsi oleh wanita ini.
Hari ni mami nak ajar buat resepi turun menurun Arwah ibuda mami…. iaitu petua utk nak hilangkan penyakit Ekzema dan kelenjar di belakang telinga baby…Tak payah habis beratus ringgit utk jumpa Dr pakar….. InsyAllah minyak ni amat berkesan….
Untuk cara buat minyak penawar ekzema ini lihat cara membuatnya menerusi video ni.
Mak ayah suruh pergi sekolah belajar, ehh sempat pula ‘cinta monyet’! Siapa yang macam ni dulu-dulu? Kalau kekal dari dulu sampai ke kahwin ada anak cucu ok lah, yang jenis cinta tak kesampaian putus di tengah jalan sadis juga kan?
Kalau fikir balik, kenapa laa boleh buat perangai macam tu dulu-dulu. Ye dak? Zaman dulu dah la telefon bimbit pun tak ada, gigih betul bercinta pakai surat balas membalas! Hehe
Yang mana baru terfikir ada simpan surat cinta dulu-dulu tapi tak dibuang lagi tu, baik pergi kemas sekarang sebelum kantoi macam abang sorang ni! Boleh pula surat cinta dan hadiah masa zaman cinta monyet dulu kantoi dengan isteri, siap dibaca lagi tau! Memang kena perli habis lah!
Teruk kena bahan. cinta monyet dulu kot. yang pasti mmg kena bakar la semua tu. 🤣🤣 #kantoi #kenabahanteruk #malu
Respon isterinya dalam video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok itu mengundang tawa orang ramai yang menonton video tersebut.
Malah, ada yang meminta untuk mendengar isi kandungan surat tersebut dengan lebih jelas ayat-ayat cinta cintun lelaki tersebut turut mendapat respon dari ibunya yang mendengar dari dapur.
Bagaimanapun, petang itu semua surat cinta dan hadiah tersebut selamat dibakar. Malah sang suami sempat berdialog “ini semua kisah lama sayang, dalam hati saya hanya ada awak je. Saya bakar saya bakar!”.
Habis sesi mengemas, isteri sempat merajuk. Merajuk tanda sayang kan?
Tapi dalam perkongsian lain, walaupun bergelak ketawa mengemas surat cinta suami dulu-dulu dan sebelum barang tersebut dibakar, sempat juga isterinya merajuk sambil dodoikan anak. Haaa berani lagi cari pasal dengan isteri kan!
Bagaimanapun, itu semua asam garam berkeluarga. Kalau tiada yang menyakat, bosan juga la kan? Merajuk kan tanda sayang, nasib cik abang bakar barang-barang tu. Kalau tidak, tidur luar lah jawabnya! Hehe.
Sembahyang adalah tiang agama. Jika kita gagal melakukannya dengan sempurna, ia akan menunjukkan kita bukan seorang hamba Allah yang bersungguh-sungguh beriman dengan Allah.
Apa pun, manusia memang tak lari daripada melalukan kesilapan termasuk bab solat. Tahukah anda, tanpa ada sedari terdapat beberapa hal yanh boleh menjadikan solat kita tidak sempurna. Mungkin menjadikan solat kita tidak diterima Allah. Yang Allah yang maha mengetahui.
Bagaimana pun, kita harus berusaha untuk memastikan solat kita sempurna.
Perkongsian ini amat berguna untuk dimanfaat bersama.
Solat mempunyai 13 rukun dan lima syarat sah solat. Ia tunjang yang menjadikan solat yang dilakukan itu teratur dan sempurna. Namun selain itu, ada perkara-perkara lain yang dapat mengganggu kesempurnaan solat bahkan mungkin dapat membuatkan solat yang dilakukan terbatal. Berikut antaranya:
#1- Terlalu Cepat Dalam Pergerakan (Tidak thuma’ninah)
Erti thuma’ninah bererti tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud, Thuma’ninah adalah rukun dalam solat dan tidak sah solat tanpanya.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
Daripada Abu Hurairah R.anhu, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak mendirikan sembahyang, maka bertakbirlah, kemudian bacalah sesuatu yang mudah yang ada bersama kamu dari al-Qur’an. Kemudian ruku‘lah sehingga kamu thuma’ninah dalam ruku‘. Kemudian bangunlah (dari ruku‘) sampai kamu tegak berdiri (i‘tidal). Kemudian sujudlah sehingga kamu thuma’ninah dalam sujud. Kemudian bangunlah (dari sujud) sampai kamu thuma’ninah dalam duduk. Dan lakukanlah demikian itu dalam setiap sembahyangmu.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
#2- Tidak Betul-Betul Sujud Dengan Tujuh Anggota Sujud
Anggota sujud itu ada tujuh sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang, iaitu: pada dahi dan Baginda menunjuk dengan tangan Baginda kepada hidung Baginda, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua telapak kaki….” (Hadis riwayat al-Bukhari – Hadis Sahih)
Perlu diperhatikan adakah ketujuh-tujuh anggota sujud ini mengenai sejadah apabila kita sujud – contohnya telapak jari-jari kaki perlu ditekan sedikit sehingga benar terasa pada sejadah dan bukan sekadar di bucu jari sahaja.
#3- Pergerakan Lebih Cepat Daripada Imam
Pergerakan yang mendahului imam boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk…” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
#4- Bangun Dari Duduk Terlalu Cepat Sebelum Imam Selesai Memberi Salam Pada Penghujung Solat
Seharusnya, makmum yang bersolat bersama imam dalam keadaan masbuk perlulah menunggu sehingga imam benar-benar selesai memberikan salam barulah dia bangun dari duduk untuk menyelesaikan rakaat yang belum cukup.
#5- Mengenakan Pakaian Nipis
Sebahagian wanita mengenakan pakaian yang dipakai sahaja tanpa memakai telekung atau baju sembahyang. Tidak ada masalah jika aurat ditutup sempurna, namun masalah tentang aurat biasanya pada penggunaan sarung kaki. Kadang kala ia terlalu nipis dan dan ternampak jelas warna kulit.
Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”
Syeikh al-Syirwani dalam Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112) juga menyebut: “Dan hendaklah digunakan kaedah demikian dengan tidak memberi mudarat (pada kesahihan solat) apabila dilihat kulit dengan medium (suluhan cahaya) matahari atau api yang apabila tiada maka tidak boleh dilihat.”
Justeru, pihak Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa stoking wanita yang kelihatan nipis tetapi tidak boleh dilihat warna kulitnya, dan tidak boleh dibezakan warna kulit hitam atau putihnya, dalam jarak kira-kira 1.5 meter, adalah boleh dipakai oleh wanita semasa solat.
#6- Tidak Melakukan Takbiratul Ihram Ketika Mendapati Imam Sedang Rukuk
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, kemudian barulah mengikuti imam yang sedang rukuk.
#7- Tidak Langsung Mengikuti Keadaan Imam Ketika Masuk Masjid
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.
Rasulullah bersabda: “Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!” (Hadis riwayat Abu Daud).
#8- Memejam Mata Ketika Solat
Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada gangguan di sekitar seperti gambar, dan perbuatan menutup mata boleh membantu menambahkan kekhusyukan maka ianya dibolehkan.
#9- Tidak Rukuk Dengan Sempurna
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari hadis Abi Qotadah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang paling buruk adalah orang yang mencuri dari solatnya”.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimanakan seseorang mencuri dari solatnya?. Beliau bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya”. Atau beliau bersabda: Dia tidak menegakkan tulang punggungnya pada saat dia ruku’ atau sujud”
Tanda rukuk yang sempurna boleh dikenal pasti apabila badan anda membentuk kira-kira 90 darjah apabila rukuk dengan tangan diletakkan di atas tempurung lutut dan kaki diluruskan (tidak dikendurkan atau bengkok).
#10- Tidak Melurus Atau Merapatkan Barisan Ketika Berjemaah
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Merapatkan saf juga akan membuat syaitan tidak menempati celah yang kosong. Dari Abu Umamah RA, Rasulullah SAW ketika merapatkan saf, beliau mengatakan,
“Tutup setiap celah saf, kerana syaitan masuk di antara saf kalian seperti anak domba.” (HR. Ahmad, 5: 262. Kata Syaikh Syu’aib Al-Arnauth hadits ini sahih lighairihi).
Moga kita muhasabah diri agar dapat memperbetulkan solat kita dengan baik.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.