Bila menikmati karipap apa yang biasa kita makan adalah isi kentang dengan perasa kari, pun begitu menyediakan Karipap Kurma Daging juga tidak kurang sedapnya. Rasa daging yang lembut dan rempah kurma bersatu memberi rasa yang cukup istimewa. Apatah lagi bilamana kulit karipap terasa rangup digigit, nyata memberi kesempurnaan rasa karipap yang dicari-cari selama ini.
Jadi buat anda yang ingin mencuba rasa, apa kata sediakan karipap daging kurma ini sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Shida Razak (KC). Melihat perkongsiannya di group masakan nyata cukup menyelerakan!
Karipap Kurma Daging
BAHAN-BAHAN INTI:
500 gm daging rebus empuk dan dihiris dadu. Atau nak hiris dadu siap-siap dan rebus empuk pun boleh.
1 kg kentang
100 gm serbuk kurma
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih |
dihiris
Serbuk kayu manis
Stock rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub daging
CARA MEMASAK:
- Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
- masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
- Masukkan kentang dan stock rebusan daging secukupnya utk bg kentang empuk.
- Tunggu sampai kentang empuk
- Masukkan daun sup.
Siap
BACA JUGA ARTIKEL NI
- Uli Guna Tangan Pun Boleh Buat Donut Pandan Gebu. Begini Cara & Resipinya!
- Rupanya Selain Telur, Gabungan Dua Jenis Tepung Ni Boleh Buat Ayam Goreng Terlajak Rangup!
- Rahsia Cucur Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Bancuh Dengan Air Panas!
RESEPI KULIT KARIPAP
Ini resepi kulit karipap resepi mak sy.
Resepi kulit karipap insyaallah ranggup dari pagi hingga ke petang.
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar marjerin
( gaul semua sampai jadi macam serbuk roti)
Panaskan 1/3 cawan minyak
(dah panas tuangkan dekat tepung dan marjerin tadi dan gaul dulu dengan sudu. Guna tangan melecur pula jari tu nanti)
Kemudian, masukkan air sejuk dalam peti anggaran 1 cawan sikit-sikit dan ulilah sampai tak melekat dekat tangan dan menjadi doh yang cantik.
Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.
Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh start gelekkan sedikit demi sedikit doh dan boleh bentuk dalam acuan serta masukkan inti karipap pilihan sendiri.
Dan sedia untuk digoreng
Siap..
- Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club