Hiburan

Intan Sarafina ‘Maintain’ Langsing & Fit, Usia Dah 43 Tahun Tapi Nampak Macam Anak Dara

Share

Intan Sarafina ‘maintain’ langsing dan fit, usia dah 43 tahun tapi nampak macam anak dara. Jika dilihat pada raut wajah dan bentuk tubuhnya, tiada siapa yang menyangka penyanyi, Intan Sarafina sedang meniti usia 43 tahun.

Intan Sarafina ‘Maintain’ Langsing & Fit, Usia Dah 43 Tahun Tapi Nampak Macam Anak Dara

Penyanyi bersuara lunak ini kekal awet muda persis wanita usia 20 an. Genap mencecah usia 43 pada 2 Julai lalu, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Tak hairanlah, dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan muda remaja.

Bekas pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005 ini gemar berkongsi aktiviti hariannya. Rata-rata perkongsiannya melibatkan aktiviti kecergasannya seperti berjoging, berbasikal dan mengikuti marathon.

Aktif bersenam dan bersukan maka tidak hairanlah pelantun lagu ‘Kembali’ ini kekal jelita, ramping dan fit. Menyentuh tentang petua kecantikan, penyanyi ini mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang amalan petua tradisi.

Menurut Intan, selain aktif bersenam, dia juga mengamalkan minum air secukupnya selain menggunakan produk perawatan wajah yang sesuai agar kulit lebih cantik dan tegang.

Untuk info, Intan Sarafina mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada 16 Oktober. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.

Hasil perkongsian hidup, Intan dan suami dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.

Sumber: Instagram Intan Sarafina

Baca artikel lain juga: Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Rahsia Kekal Aktif & Awet Muda Meski Usia Sudah 60 Tahun

Awet Muda Betul Keluarga Ngasri, Anak Beranak Macam Tak & Makan Tua

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my