Keibubapaan

Intan Salleh Nampak Berseri-seri Dan Cergas Walau Dah Makin Sarat, Usia Kandungan Dah 30 Minggu

Share

Intan Salleh nampak berseri-seri dan cergas walau dah makin sarat, usia kandungan dah 30 minggu. Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi penampilan terkininya yang sedang hamil anak ke empat.

Intan Salleh Nampak Berseri-seri Dan Cergas Walau Dah Makin Sarat, Usia Kandungan Dah 30 Minggu

Kehidupan sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata tentunya bukan sesuatu yang mudah. Bagaimanapun walaupun  sedang sarat namun Intan tetap kelihatan berstamina.

Wajahnya juga semakin berseri-seri sejak hamil anak ke empat. Mungkinkah kehamilan kali ini anak perempuan? Sama-sama kita nantikan. Kerap berkongsi momen-momen bersama anak-anaknya, Intan kelihatan cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Intan berkongsi penampilan terkininya.

“BISMILLAH, 30 MINGGU”- TULIS INTAN DI RUANGAN KAPSYEN.

Perkongsian Intan dilaman Instagramnya mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.

Untuk info, Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.

Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.

Sumber: Instagram Intan Salleh 

Baca artikel lain juga: “Baby Bump, Comelnya. Doa Yang Baik-Baik Buat Bonda.” Perkongsian Intan Saleh Raih Perhatian, Ramai Titip Doa!

Dapat Mentua Baik Juga Satu Rezeki Kan. Hikmah Bersabar, Allah Ganti Yang Terbaik Hubungan Intan Salleh & Famili Mentua Dipuji