Keibubapaan

Intan Najuwa Mahu Tambah Anak, Tak Serik Bersalin. “Nak Baby Boy”

Share

Selepas melahirkan anak pertamanya pada 15 Disember lalu, pelakon cantik, Intan Najuwa meluahkan hasratnya untuk memiliki bayi lelaki pula.

Intan berkongsi hasrat itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.

Aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak serik untuk melalui sekali lagi proses bersalin meskipun pada awalnya pernah berjanji tidak mahu melaluinya lagi.

“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).

“Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.

Tambah Intan lagi, selepas pulih bersalin dia kini sudah mula menyimpan hasrat untuk memiliki anak lelaki pula.

“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’

“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last.

“Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon cantik ini melahirkan cahaya mata sulungnya yang merupakan seorang bayi perempuan yang diberi nama, Imane Lunara.

Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.