
Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Intan Najuwa kini tampil berkongsi wajah puteri kesayangannya itu yang diberi nama, Imane Lunara.
Menerusi Instagramnya, Intan yang melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada 15 Disember lalu memuat naik beberapa keeping Imane Lunara ketika baru dilahirkan hingga kini berusia dua bulan.
“Our babygirl, Imane Lunara,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen.
Wajah comel Imane Lunara yang dikatakan seperti ayahnya itu sudah semestinya mendapat perhatian ramai.
Raut wajahnya comel malah memiliki mata dan mulut seperti ibunya. Tak hairanlah menerima pujian ramai dari wargamaya. Memang comel.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Imane gabungan wajah ayah dan ibunya malah turut mendoakan agar membesar menjadi anak solehah dan sihat.
Terdahulu Intan selamat melahirkan puteri sulungnya pada 15 Disember lalu melalui kaedah pembedahan atau ‘cesarean section’.
Sumber 📸 : IG Intan Najuwa
Suami Penuhi Impian Isteri, Belakang Rumah Jadi Ruang Aktiviti Anak Bermain Dan Laundry. Tarik Perhatian Warganet.

Lazimnya ruang belakang rumah menjadi tempat pilihan untuk dijadikan dapur basah.
Namun menarik dengan idea keluarga ini apabila menjadikan belakang rumah sebagai ruang bermain dan membasuh.
Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai warganet yang teruja dengan idea menarik berkenaan.
Ruang sebegini dilihat kawasan yang selamat untuk anak-anak bermain tanpa menganggu ruang tamu.
Bahkan kelihatan kerusi rehat turut disediakan untuk santai kala melihat anak bermain.
Penggunaan rumput hijau buatan ini juga menjadikan ruang ini kelihatan lebih segar dan kemas. Seterusnya perkongsian Puan Waniee ini.
Nak share ruang belkang rumah dijadikan laundry dan tmpat main anak. Buat skit2.sebelum dan selepas .alhmdulilah akhirnye dpt siap sepenuhnye. Ok tak kawan2? Maaflah bru belajar2 deco tq pada suami yg merealisasikan impian sy.
Anggaran buat habis sume dlm 6k++
RUANG BELAKANG RUMAH
RUANG BERMAIN
RUANG MEMBASUH
TURUT ADA RUANG REHAT
Sumber: Puan Waniee
Ini Rupanya Pesanan Kasih Seorang Ibu, Penguat Semangat Cikgu Fadli Salleh

Dua tiga hari ni, kalau buka sosial media, takkan lari dari lihat perkembangan tentang cikgu terkenal yang cukup berani menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem Pendidikan negara sehingga berdepan dengan tindakan tatatertib dan berkemungkinan boleh dibuang kerja.
Di samping berkongsi info terkini berkenaan isunya itu, Cikgu Fadli Salleh sempat memuat naik pesanan dari ibunda tercinta tentang apa yang melanda anaknya ini.
“Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha. Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah.
“Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi perkara itu Allah tak redha, jangan buat. Kita ni hamba. Dan selamanya akan menjadi hamba.” pesan ibunya yang dikongsikan pada Ahad.
Tambahnya, dalam banyak nasihat yang diterima, nasihat dari ibunya ini adalah yang terbaik yang diterima dan akan dipegang hingga akhir hayat.
“Terima kasih ma. Terima kasih. Sepanjang perjuangan aku, nasihat ini adalah nasihat terbaik yang aku terima dan akan pegang sampai mati.
“Sesungguhnya tiada doa dan pesanan lebih ikhlas dari pesanan dan doa seorang ibu terhadap anaknya.
“InsyaAllah perjuangan ini diredhai Allah. Bahkan nabi saw juga ada bersabda,
‘Jihad (perjuangan) yang paling utama adalah mengatakan perkara yang adil di depan pemimpin yang zalim’.” tulisnya.
– Pesan ibu sentiasa dihati –
Sumber : Mohd Fadli Salleh
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Superb! Cara Ibu Ini Uruskan Lima Anak Waktu Pagi Supaya Tak Kelam Kabut!

Bukan mudah menguruskan anak yang ramai dan pada masa yang sama perlu memastikan rumahtangga dalam keadaan teratur dan kemas. Pastinya ia bukan tugas yang mudah. Ia memerlukan displin pengurusan masa yang amat teliti. Semua ini mengelak daripada kelam kabut terutana waktu pagi.
Melalui perkongsian oleh Ida Ifaz amat berguna untuk membantu ibu bapa menguruskan anak tanpa pembantu rumah. Malah amat sesuai sekali buat mereka yang bekerjaya. Walaupun perkongsian yang lama namun masih relevan untuk dijadikan panduan. Jom semak!
Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.
Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.
Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 5 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.
Antara tips yang membantu saya:
1) Bereskan pada waktu malam
Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri.
Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.
2) Bangun awal pagi.
Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci.
Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.
3) Tenang-tenang aja
Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan.
Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.
Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 – 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.
4) Delegasi kerja urusan sendiri
Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya ‘delegasi’kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.
Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.
5) Mohon bantuan anak
Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan.
Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.
6) Kekuatan Spiritual dan Mental
Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress.
Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat “Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya”
Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan “MASALAH” dengan “CABARAN”. Perkataan “Masalah” menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.