Suka tengok dekorasi kediaman ini. Walaupun tak mewah tapi kemas betul. Memang rajin sungguh tuan rumah ni menghias dan juga mengatur letak barang-barang.
Bagi empunya diri Eiza Nas, walaupun tidak berapa pandai dalam soal dekorasi, namun dia lebih mementingkan bab menyusun barang-barang. sementelah di ruang dapur berkenaan tiada kitchen kabinet. Begitu pun, ruang dapur yang sempit tetap nampak kemas dan tersusun rapi.
Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet. Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik. Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri.
Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri 🤣🤣🤣. Bilalah dapat p jalan2 ini.
Ads
Kemas tersusun dan penggunaan label memudahkan urusan.
Dekorasi simple tapi dapat memberi inspirasi buat anda yang mempunyai barang banyak tapi dapur sempit.
Ads
Jimat ruang dapur.Guna penyangkut baju besi ni untuk gantung penapis & kuali serta tempat untuk beg plastik guna semula.
Slim Kembali Lepas Bersalin, Ini Menu Berpantang Yang Mak-mak Boleh Amalkan
Semua mak-mak selepas menjalani tempoh berpantang inginkan bentuk tubuh asal sebelum mereka bersalin. Maka sebab itulah pentingnya penjagaan pemakanan ketika dalam tempoh berpantang.
Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri. Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari.
Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mak-mak perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mak-mak yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.
“SIAPA KATA LAUK DALAM PANTANG TAK BEST. SEDAP TU. SIAP MENAMBAH LAGI. SAJA NAK SHARE MENU DAN RESEPI MASA SAYA BERPANTANG LEPAS 2 MINGGU LEBIH BERSALIN. SIAPA NAK SHARE SILAKAN. NANTI BILA BERPANTANG, BOLEH TENGOK BALIK.”
Menu Berpantang Wajib Cuba
SIAKAP STIM
Bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
IKAN BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
SUP IKAN
Bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
KARI IKAN (TANPA SANTAN)
Bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
SERUNDING HALIA
Bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan:
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
AYAM UNGKEP LADA HITAM
Bahan:
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
AYAM MASAK HALIA
Bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Bercerita tentang pokok bunga menjalar yang kian menjadi ‘kegilaan’ ramai, ditanam di dalam pasu sekali gus menjadikan Pokok Bunga Air Mata Pengantin ini punya aura tarikannya yang tersendiri.
Selain mempunyai bunga yang cantik sebagai penyeri, bunga ini juga menjadi kesukaan dan tarikan kelulut.
Berkongsi cara dan teknik penanan di dalam pasu untuk pokok bunga menjalar, Izham Alias berkongsi infonya.
Siap projek pasu untuk pokok bunga air mata pengantin.
Saya pasang jaring petak agar pokok boleh memanjat naik. Almaklum pagar dah penuh.
Saya beli dari kedai hardware.
Ada nampak rakan dari seberang kongsi, Tuan Zulhadi Lubis. Terus dapat idea ini.
Moga nanti dapatlah tarik kelulut banyak di belakang rumah ini.
Oh ya, elok untuk pasu berat. Saya dapati kalau pasu plastik ni, nanti apabila pokok dah banyak menjalar, ada potensi nak tumbang.
Berkongsi info dan cara menghindari makanan yang boleh menyebabkan gout, doktor ini terpanggil untuk berkongsi faktanya.
Semoga serba sedikit penerangan ini, menjadi satu titik permulaan untuk kita pastikan pemakanan keluarga adalah dari sumber yang sihat dan berkhasiat. Jom semak.
MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN GOUT
Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.
Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.
Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak dan panas. Sendi yang sering terlibat ialah sendi pada ibu jari pada kali pertama, namun boleh juga berlaku pada sendi seperti lutut, siku dan tumit.
Peningkatan tahap gout yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembentukan kristal yang lebih besar (dinamakan “tophi”) sehingga mencacatkan sendi itu. Peningkatan uric acid yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan akhirnya kerosakan buah pinggang.
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga pemakanan seharian dan elakkan makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.
Kurangkan berat badan dan minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...