Setiap orang ada cara didikan tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun, kadang kala, kena juga tahu ada ilmu keibubapaan atau cara orang dulu-dulu.
Sebagaimana perkongsian pendakwah bebas yang sering mendapat undangan memberi ceramah kekeluargaan, Ustazah Asma’ Harun mengenai cara ibu bapanya mendidik adik beradiknya seramai 10 orang.
Perwatakannya yang lembut dan lantunan intonasi suara lembut tetapi penuh penegasan semasa memberi ceramah agama dan keibubapaan menjadikan perkongsiannya inspirasi kepada followernya. Malah telah tular hingga cecah lebih 4K share.
Ikuti perkongsiannya.
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
36 tahun yang lepas saya lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk saya.
Adik beradik 10 orang, Najihah, Asma’, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.
Alhamdulillah, kami membesar dengan kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang baik. Sedikit perkongsian biasa, kami 10 beradik semuanya belajar dan khatam alQuran dengan emak ayah. Waktunya selepas maghrib dan subuh. Alhamdulillah.
Ads
Sesibuk dan sepenat mana pun, mereka tetap disiplin mengajar semua anak-anak. Itulah juga yang selalu diingatkan oleh emak saya, supaya mengajarkan sendiri anak baca AlQuran.
Satu lagi, waktu makan mesti berjemaah, dilarang makan sendiri² walaupun ketika itu dah lapar (pandai²lah sementara tu isi perut dengan biskut ke), kalau dah kenyang pun kena duduk di meja makan bersama ², kena buat² lapar .
Daripada kecil Emak Ayah istiqamah bawa anak² hadir kuliyah Jumaat Tok Guru Haji Hadi di Masjid Rusila, sehingga adik ke 10 pun begitulah rutinnya. Walaupun kami tak faham apa² lagi tapi memang suka pergi sebab boleh pergi pantai dan beli macam² makanan daripada gerai yang sangat banyak.
Hampir setiap hujung minggu pula Emak Ayah akan bawa ke mana², taman mainan dan pantai lah selalunya, asyik berkelah aje. Memang mereka rajin bawa anak² berjalan walaupun tempat sama sahaja. Kereta sedan dengan jumlah yang ramai kami duduk sambil beribakan adik². Semua wajib ikut walaupun dah besar.
Saya boleh simpulkan, usaha Emak Ayah secara berterusan memastikan kami adik beradik sentiasa bersama dan berjemaah. Saling berkasih sayang dan menghormati. SubhanAllah, moga Allah rahmati dan ganjarkan SyurgaNya buat semua Ibu Bapa.
Pengajian saya bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, KUSZA, alAzhar Mesir dan OUM. Doakan rezeki ke PHD. InsyaAllah.
Ads
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Pen.Pengarah Bahagian Undang² Keluarga Islam dan Pen.Pengarah Bahagian Halal. Meletakkan jawatan pada 2017.
Ketika Umur 22 tahun, saatnya Allah temukan saya dengan seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu.
Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah . Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah 7 orang anak, Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.
Ads
Apa kebaikan atau kelebihan yang dilihat oleh manusia tentang saya, hakikatnya kerana susah payah didikan Emak Ayah, dan seorang suami yang sangat sabar, memahami, prihatin, pendengar setia, serta tidak jemu memberi nasihat dan semangat kepada saya.
SubhanAllah, hanya Allah sebaik² yang memberi ganjaran atas segala kebaikan mereka, Moga saya kuat berusaha untuk memperolehi redha daripada Emak Ayah dan redha seorang Suami.
Saya tak pernah share cerita peribadi kerana segan. Namun sempena hari lahir hari ini, sekadar mengimbau dan muhasabah akan perjalanan usia yang Allah kurniakan.
SubhanAllah, saya hanya orang biasa² sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran bila saya buat salah.
Terima Kasih atas semua ucapan dan doa, mohon maaf yang tidak terbalas. kembali semua doanya kepada sahabat sekalian.
*Gambar 18 tahun yang lepas.
Asma’ binti Harun
Moga jadi inspirasi mendidik anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kerapkali kita dihidangkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang bermacam ragam. Semuanya bermula daripada pergaduhan kecil yang diperbesarkan dan tidak kurang juga perkara remeh yang diangkat menjadi bahan utama dalam pergaduhan sedangkan hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan mudah.
Mesej tidak berbalas, lambat angkat telefon atau terlupa buang sampah misalnya menjadi sebahagian kisah remeh rumah tangga yang tidak perlu diperbesarkan. Remeh namun apabila acapkali diulang perbuatan yang sama, ianya mampu memberi impak dalam hubungan.
Bagaimana tip yang seharusnya anda lakukan apabila melalui saat-saat ini? Berfikiran matang dan rasional antara yang seharusnya dilakukan oleh anda.
Usah terlalu ikutkan perasaan dan emosi yang datang menerpa. Ingat bahawa setiap tindakan anda, syaitan juga sentiasa menghasutnya. Fikirkan.
1. Ubah Posisi
Kalau sudah marah semua benda jadi tidak menentu. Itulah kisahnya dengan sekeping hati. Marah itu datangnya daripada syaitan. Apa kata ambil masa untuk diri sendiri dengan beristigfar sambil menenangkan diri. Jika perlu, beralihlah daripada tempat duduk dan ubah posisi kedudukan atau pilihlah untuk berdiri atau melakukan kerja-kerja lain.
2. Pandang Sudut Positif
Bergaduh itu perlu supaya pasangan lebih saling memahami akan kehendak masing-masing. Lama kelamaan, pasangan akan mula memahami rentak pasangan masing-masing.
Lebih baik daripada hanya mendiamkan diri dan akhirnya menyalahkan pasangan. Berbalahlah namun biar berpada. Ambil masa untuk kembali ceria semula dalam tempoh sesegera mungkin.
3. Bezakan Remeh Dan Tidak
Masalah remeh-temeh yang tidak sepatutnya anda ambil pusing sebaiknya janganlah diberikan perhatian lebih. Anda patut lebih tahu apa perkara remeh dalam kehidupan anda.
Soal tuala tidak tersidai, baju tidak digantung atau baju kotor tidak dimasukkan ke dalam bakul tidak perlulah diperbesarkan dan diungkit ketika berbalah. Fikir lebih rasional.
4. Mudahkan Fikiran
Fikir sahaja bahawa setiap pergaduhan kecil lagi remeh akan hanya menyesakkan fikiran anda. Buang jauh ketepi dan bertindaklah seperti biasa.
Anda bukan lagi pasangan tidak matang dan gemar melayan perkara remeh temeh. Banyak lagi perkara lebih berat yang perlu difikirkan.
5. Tegur Cara Baik
Ketika pergaduhan kecil lagi remeh ini, tegurlah pasangan secara baik lagi berkhemah. Menegur itu perlu agar dia tahu perbuatannya kurang disenangi anda. Namun cubalah ayat sehabis baik untuknya. Buat kelakar atau sindiran berbentuk gurauan adalah teguran paling sesuai untuk menegur.
6. Jangan Panjangkan
Jangan biarkan hal-hal remeh ini berlarutan lama sehingga dua atau tiga hari. Banyak lagi perkara lain yang perlu anda selesaikan. Ruginya apabila anda melepaskan masa bersama. Cuba fikir kebaikannya selama ini kepada anda.
7. Ambil Masa
Ketika emosi sedang ‘hangat’, ada baiknya anda redakan seketika hati dengan berdiam diri terlebih dahulu sambil mengimbau detik manis. Ambil masa anda sebaiknya dan pulihlah segera. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk reda.
* Tahukah Anda
Berdiam diri, jangan membalas, elakkan meninggikan suara, bercakap dengan baik serta bersifat memaafkan adalah laluan yang dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kecil ini. Abaikan hasutan lain yang merosakkan rumahtangga anda. Kebahagiaan di tangan anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya telah berkongsi pengertian sebuah persahabatan. Biarpun nampak biasa-biasa aje perkongsiannya, namun bait-bait yang dilontarkannya sungguh terkesan.
Jika sebelum berkahwin, sahabat adalah teman sejati untuk meluahkan rasa tetapi setelah berumahtangga, sahabat ditinggalkan. Namun hakikatnya, sahabat ini ada baik dan buruknya. Pesannya yang dikongsi sebuah peringatan bersama. Deep!
Dalam dunia persahabatan, setiap insan mungkin akan memiliki: * Orang terdekat yang ikhlas dan ditakdirkan dekat selalu * Orang jauh yang kita tak tahu dia mendoakan kita * Musuh dalam selimut * Musuh ‘part time’. Tikam bila perlu * Musuh terang- terangan * Berkawan kerana matlamat dan kepentingan tertentu. Tak dapat apa dihajati atau dah tak perlu lagi, perlahan2 angkat kaki. * Bukan tak nak baik tapi tak serasi * Yang makin pudar nilai keakraban akibat putaran waktu atau peristiwa tertentu
#Baik atau buruk, kehadiran mereka tak lain tak bukan hanya untuk menjayakan takdir kita
#Paling bererti jika ada yang akan terus bersahabat dan mengambil berat selepas ketiadaan kita. Ditawarkan bantuan- bantuan yang tak dijangka – membantu waris yang ditinggal, mendoakan selalu, mencari ruang agar warisan ilmu atau harta kita diperkembangkan agar pahala mengalir berterusan… Siapa tahu yang kita anggap buruk, boleh menjelma selepas kita pergi dan membantu sebagai talian hayat di alam sana
Siapa tahu… yang kita harap-harapkan mungkin sekadar memerhati dan membiarkan persahabatan itu terkubur bersama pusara yang akan hancur
Moga jadi seperti mentari. Bersinar dan tak memilih siapa untuk disinari. Sekali budi disemai, mungkin seribu bantuan akan hadir dari sumber yang tak disangka
Momen membesarkan anak merupakan kenangan yang indah buat setiap ibu bapa. Apabila usia meningkat, anak-anak pula dewasa sudah tentu membina keluarga sendiri. Ketika ini, semua itu akan jadi kenangan.
Begitulah perkongsian ustaz Firdaus Mokhtar mengenai momen kehidupan yang bakal berubah apabila anak-anak meningkat dewasa.
“Hari ini lah anak-anak nak panjat badan kita pun. Hari ini lah anak-anak nak minta kita buatkan susu. Hari ini lah anak-anak nak minta kita masakkan nasi dan suapkan makan.”
“Hari ini lah anak-anak nak seronok menari-nari tengok kita balik kerja. Hari ini lah anak-anak nak berlari ke pintu bila kita sampai ke rumah. Hari ini lah anak-anak nak kita main kejar kejar dengan dia.”
Hari ini juga mereka akan percaya semua kata-kata kita tanpa sikit pun ragu. Hari ini lah mereka nak bertanya soalan yang tak putus, itu dan ini, biar pun soalan berulang-ulang kali.
Iya, semuanya hari ini. Saat mereka masih lagi kecil dan meletak sepenuhnya kehidupan dengan kita.
Sampai masanya nanti, kita tinggal sendiri. Semua yang anak-anak buat hari ini cuma tinggal kenangan. Suara, ketawa, pergerakan, menangis, berkejar kejar dan segalanya tentang mereka hanya bermain di ingatan kita.
Kawan-kawan,
Hiduplah kita dengan kehidupan hari ini. Cari bahagia yang kita ada saat ini. Selagi boleh bermain dengan anak-anak, mainlah.
Diajak berlari dan berlumba, buatlah. Diminta dimanja sekejap, layanlah. Anak-anak minta dimandikan, buatlah. Entah sampai bila kita punya peluang nak buat semua tu.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar, Banyak juga masa tak guna dengan anak-anak. Kakak pun kejap je dah besar. Allahu.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...