Bahagia itu adalah impian semua orang. Malah setiap pasangan yang berkahwin inginkan bahagia ke hujung nyawa. Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain sudah tentu akan saling membantu dalam menguruskan rumahtangga.
Begitu juga peranan seorang suami, semua kerja tidak perlu disuruh isteri, sebaliknya dilakukan dengan ikhlas malah secara senyap tanpa perlu ketahui orang tersayang.
Sikap ini memang nampak remeh tetapi sebenarnya memberi impak kepada keluarga dan hubungan dengan pasangan. Malah ia mulia di sisi tuhan.
Begitulah kisah yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif mengenai sikap ayahnya yang suka melakukan perkara kebaikkan tanpa diketahui oleh orang lain termasuk anak sendiri.
Inspirasi cara ayahnya, beliau berkongsi kisah ini agar menjadi panduan untuk kita mendidik diri menjadi pasangan yang baik kepada isteri.
IKUTI PERKONGSIAN INI
KEIKHLASAN
Pukul 5 pagi tadi tiba tiba saya terdengar bunyi pelik di dapur. Takkan perompak masuk pintu belakang kot. Rasanya dah kunci.
Ads
Bila jengah ke dapur “Ya Rabbi. Ayah rupanya!”. Rupanya ayah saya tengah bertungkus lumus cuci pinggan mangkuk di sinki dapur.
Saya perasan lama dah benda ni sebenarnya. Kadang tengah tengah malam dia akan bangun senyap senyap dan bersihkan dapur. Kadang senyap senyap dia bantu potong dan cuci barang basah yang nak dimasak.
Ayah saya tak bagitahu orang benda ni. Dia buat senyap senyap je.
IMBAU KISAH ARWAH TOK GURU NIK AZIZ
Teringat pula saya kisah seorang budak darjah 6 ternampak seorang pakcik sedang cuci tandas.
Ads
Masa tu budak darjah 6 tu berjalan makan angin bersama keluarganya ke Kelantan. Mereka pun berhenti solat Asar di satu masjid di sana.
Masa tengah ambil wudhuk budak darjah 6 ni ternampak sorang pakcik tua sedang cuci tandas masjid. Budak darjah 6 ni tak kenal pun siapa pakcik tua tu.
Tiba-tiba ayah kepada budak darjah 6 yang baru habis solat tu meluru ke arah pakcik tua yang sedang cuci tandas tersebut dan bersalam sambil mencium tangannya. Laaa rupanya orang tua tersebut adalah arwah Tok Guru Nik Aziz!
Bila ditanya kenapa tak upah orang je untuk cuci tandas tu jawapannya kerana cuci tandas ni hina di mata masyarakat tapi sangat mulia di sisi Allah.
Ads
KERJA YANG REMEH TAPI MULIA DI SISI TUHAN
Tiba tiba sebak pula bila teringatkan peristiwa ayah saya bangun tengah pagi sebelum subuh untuk cuci pinggan mangkuk dan dapur rumah ni.
Sama seperti yang Arwah Tok Guru amalkan. Senyap senyap buat perkara yang nampak remeh di mata orang tetapi sangat mulia di sisi Tuhan!
Semoga Allah memberikanmu syurga tertinggi ayah kerana pengorbanan dan amalanmu membantu isteri dengan seikhlas hati.
Ibu bapa mana yang tidak risau kan kalau anak-anak masih tidak boleh membaca. Lebih teruk lagi, ada yang berkali-kali diajar namun masih lupa atau tidak mampu menyebut.
Perkongsian seorang ibu dan juga guru bernama Masturah A. Latib ini mungkin dapat membantu ibu bapa untuk mengajar anak-anak di rumah. Puan Masturah merupakan guru yang cukup berpengalaman dalam mendidik anak-anak pra sekolah.
Caranya cukup mudah dan paling PENTING anak-anak tidak terbeban atau tertekan. Nak tahu jom semak!
Sebagai ibubapa, kita mesti tahu yang FITRAH anak 0-6 tahun adalah BERMAIN. Jika anda mahu anak belajar tentang sesuatu, cara paling berkesan adalah dengan BERMAIN. Bila kita sebut BERMAIN, tentulah suasananya lebih santai, seronok dan anak2 mendapat satu kepuasan ketika sedang bermain juga yang paling penting STRESS FREE. Dan ketika ini juga anak dah bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, cabaran baru, permainan baru.
Jadi, ibu bapa hanya perlukan sedikit perancangan untuk memastikan sesi BERMAIN itu sebagai satu sesi PEMBELAJARAN tanpa di sedari. Pendek kata, mereka tak sedar pun dalam mereka bermain tu mereka sedang belajar sesuatu ?
Ada beberapa tips/panduan yang saya ingin kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh pn Nik Eliani Nik Nawi dan tn hj Othman Ahamad.
SINGKATKAN MASA Perlu di ingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dalam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibubapa lebih mengenali anak-anak anda bukan? Namun, masa yang paling baik yang di cadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI. Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain. Contoh :- 2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL 5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif) SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak. BERHENTI SEBELUM JEMU Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu?? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP?? haaa… ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi hoooreeeyyyy!!!!
KERAP / BERULANG Anak-anak kecil ni mudah lupa, tambahan pula jika di ajar sesuatu yang tidak bermakna dalam hidup mereka di tambah pula dengan aktiviti bermain yang tidak menarik dan bermakna. Itu yang selalu timbul isu ” anak saya ni kalau saya ajar, esok bila tanya dia dah lupa” atau pun ” saya ajar dia ari ni, tanya semula esok dah lupa” . Apa nak buat ek?? pembelajaran perlu BERULANG, tak perlu lama, tapi KERAP kali. masa yang sesuai amat penting, sepergi yang di cadangkan penulis Ajar Anak Kecil Membaca Awal, selepas mandi, selepas makan, selepas menonton rancangan tv dan sebelum tidur. Contoh : – Ajar sebut bunyi Selepas sarapan pagi – ajar sebut bunyi dan asosiasi(2-5 minit) selepas makan tengah hari – tanya bunyi yg di ajar, minta anak buat asosiasi (2-5 minit) selepas menonton TV – buat latihan sebut bunyi beserta asosiasi bersama anak sebelum tidur – tanya anak bunyi apa dan macam mana asosiasi untuk bunyi tersebut.
BERI GALAKKAN DAN PUJIAN Anak anak lah orang yang paling mudah, senang memberi kerjasama jika kita pandai mengambil hati mereka. Benda paling mudah ialah PUJI dan PUJI dan PUJI… Wahhh….. bukan main lebar senyuman bila di beri pujian. ???. cer ibu try test kalau tak percaya. Melalui pengalaman saya dengan anak nombor 2, Nur Ain Syakirah, Dia seorang yang sangat low self confident. Dia selalu menganggap dirinya ‘tak pandai’. Pada dia , kakak lebih pandai, kat sekolah pandai, kat rumah pun pandai. Tapi, selepas saya sentiasa beri galakkan terutama dalam proses mengajar dia membaca, tanpa dia sedari yang dia dah boleh membaca, ada satu hari dia tanya saya ” ibu, kenapa ain dah pandai baca?” masa ni la saya puji dia kaw kaw ” haaaa… siapa kata ain tak pandai? ain pandai baca sebab ain rajin usaha, ain rajin belajar… orang yang rajin, cepat la pandai “ Sejak hari tu sehinggalah sekarang, buku menjadi kawan baiknya… ke mana sahaja dia pergi, di heret semua buku kegemarannya bersama. Alhamdulillah ??? Jadi, buat ibu bapa sekalian, sentiasalah beri galakkan pada anak anak kita, puji dan berilah lah ganjaran kepada mereka atas usaha dan semangat mereka dalam belajar sesuatu perkara. “pandainya anak ibu” “hebatnya anak abah “ “Terbaiklah kakak, baru ajar sekali dah pandai “ mudah jer kan??
KEEP CALM/ KEEP COOL Saya sendiri sebagai ibu masih dalam proses meng ‘kool’kan diri. Teacher percaya ini meruoakan halangan dan cabaran paling utama di kalangan ibu bapa, kan kan kan? ??? Dengan karenah anak yang pelbagai, tambah anak ramai macam ai ? ni, fuhhhh!!!! betul betul menguji tahap kesabaran.
cadangan penulis, waktu belajar mesti SINGKAT, ngam ngam dengan TAHAP KESABARAN KITA. Kalau anak perlu berhenti aebelum jemu, kita perlu berhenti sebelum MELETOP. Intonasi, nada suara perlu juga ‘COOL and STEADY ‘ . Suasana belajar yang tidak tenang dan keadaan yang tertekan akan menyebabkan sesi pembelajaran menjadi tidak BERMAKNA dan BERKESAN. ibu fed up, anak pun down.
Jadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan menyenangkan. Anak bersedia, ibu lebih tenang… KEEP CALM AND KEEP COOL. Oleh itu, untuk memastikan sesi belajar lebih berkesan dan bermakna, belajarlah mengikut FITRAH anak anak itu sendiri. Kita masuk dunia mereka, jangan bawa masuk mereka dalam dunia kita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu adalah ratu hati buat seorang anak. Sudah pastinya merupakan insan yang paling penting di dalam hidup kita.
Walaupun kita sebagai anak makin meningkat dewasa, ibu tetap merupakan tempat untuk kita mengadu dan sama sekali tidak dapat bayangkan bagaimana hidup tanpa ibu.
Namun ajal maut adalah ketentuan Ilahi. Tidak semua antara kita dapat bersama ibu sehingga kita dewasa. Begitulah yang dilalui oleh seorang ahli grup, Muhammad NajmieEdit Apa Hari Ni ? yang merindui kasih seorang ibu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dia yang meminta jasa baik daripada ahli grup untuk menyunting gambar dia bersama ibunya untuk dijadikan kenangannya. Permintaannya itu juga adalah sempena hari jadi arwah ibunya.
Malah permintaanya mendapat pujian apabila dikatakan jarang anak lelaki meminta gambarnya disunting bersama arwah ibunya.
Korang, tolong edit gambar aku duk sebelah arwah ibu aku, sempena harini hari lahir dia.
Aku tak ada idea buat macam mana.
Aku nak save buat kenangan, sebab aku tak ada gambar kenangan bersama di.
Sebab dia pergi masa aku kecik 3 tahun. Terima kasih ye semua
WARGAMAYA SEBAK
Berikut adalah hasil suntingan antara ahli grup yang telah meraih perhatian ramai. Ramai yang memberi respon turut simpati dan sebak dengan karya yang dihasilkan.
Seorang atlet angkat berat (OKU) meninggal dunia kerana terlibat dalam kebakaran di rumahnya di Taman Pagoh, Jaya Muar, Johor semalam. Muhammad Ata Maarof, 28 merupakan atlet angkat berat OKU yang mewakili Johor dalam saingan Para Sukma 2018 dan memenangi pingat gangsa dalam kategori yang diwakilinya.
Menerusi laporan dari Astro Awani, Muhammad Ata yang bekerja di Kuala Lumpur telah pulang ke kampung kerana bercuti selama lima hari. Dia yang tinggal bersama ibunya gagal menyelamatkan diri ketika berada di dapur rumah kerana tinggal berseorang berikutan ibunya pergi ke kedai.
Menerusi laporan juga, badan mangsa telah melecur hampir 80 peratus berpunca daripada kebakaran yang berlaku tengah hari tadi. Kediaman tersebut turut megalami kemusnahan hampir 60 peratus dari keseluruhan kawasan.
Sebelum insiden, Allahyarham sempat memuat naik status di laman Instagram dengan menulis ‘forgive me’ dengan latar belakang warna hitam. Seakan-akan tahu ajalnya, memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden tersebut.
Abangnya Mohd Akmal Maarof, 34 tahun berkata, adiknya sedang bercuti dan telah berada di rumah ibunya sejak Rabu lalu dan dijadual pulang semula ke ibu kota pada sebelah pagi tadi.
Ujarnya, kali terakhir dia bersua muka dengan adik bongsu dari lapan beradik itu ialah pada November lalu dan hanya sempat berbual di aplikasi WhatsApp pada sebelah malam tadi.
Jelas Mohd Akmal, dia pada mulanya tergamam apabila dimaklumkan adiknya meninggal dunia selepas kediaman ibunya terbakar memandangkan sepatutnya dia telah pulang semula ke rumah sewanya di Kuala Lumpur lebih awal.
Sementara itu, personaliti terkenal, Ras Adiba Radzi dalam catatan di Facebook peribadinya turut memuat naik status merakamkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ata dalam tragedi berkenaan.
“Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah. Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Baru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini,” tulis Ras Adiba lagi.
Rotan murid, hanya guru besar, guru diberi kuasa. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.